~ Ramadhan dah nak datanglah! Jom sambut dengan meriah…~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Memiliki

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Dengan kurniaNya, maka sudah genap 23 tahun sekarang. Makin pendek unur yang ada. MOga-moga masih sempat untuk mengumpul amal memberatkan timbangan dan memberi kesan pada Islam. Dan sesungguhnya diri benar-benar maksudkannya. Ameeenn!

Tiada apa yang istimewa semalam. Biasa sahaja, Alhamdulillah, itu yang terbaik. Bimbang terlalu asyik suka dengan menyambut hari lahir, makin lupa pada dekatnya kematian. Biarlah tiada sambutan yang hebat, tetapi syukur jangan dilupakan.

Teringat tahun lepas, menyambut hari lahir dengan sedikit makan-makan bersama ahli rumah di Syiria. Banyak doa dan hari tersebut berjaya habiskan 2 juzu’ dengan Anisah Nabilah. Seronok sangat. Hujung minggunya pula ke Lubnan, jalan-jalan. Mengambil pengalaman dan iktibar yang ada di negara orang. ALhamdulillah.

Tahun ini, tiada jalan-jalan. Al-quran pun tiada dua juzu’, kenduri pun tiada, cuma yang ada hanya doa. Banyak! Doa semoga berkat umur. Moga ALLAH maqbulkan. Ameeenn. (Rindu mahu jalan-jalan lah).

Wow! Ramadhan sudah semakin hampir. Tak lama sahaja lagi. Semangat dan Tak sabar. Bulan yang memberikan banyak tarbiyah dan bulan penguat iman. Bulan pendorong amalan yang banyak-banyak. Moga tarbiyah ramadhan terus ada disetiap bulan. Memang susah, tetapi tidak mustahil.

ALLAHumma balighna Ramadhan.

Walaupun Ramadhan kali ini sudah di Malaysia, tetapi diri akan cuba menghadirkan suasana Ramadahn ketika di Syam ke Malaysia (untuk diri sendiri). Walau sukar untuk terawakih bertukar-tukar masjid setiap malam seperti di Syam, tetapi diri mesti berterawikh setiap malam! ya ALLAH, tak sabarnya…

Teringat Anisah Nabilah sangat-sangat sekarang. Walaupun Sehari sebelum puasa sudah Khatam quran bersama beliau, tetapi masa bulan puasa beliau tetap melakukan kelas bacaan semata-mata untuk membuat persediaan sebelum berjumpa Syeikh. Semangatnya SubhanaALLAH! Terima kasih anisah.

OH~ Rindu sangat aktiviti-aktiviti di Syam. Yang sudah itu cuma kenangan yang sekarang pun akan jadi kenangan. Pilihan diri untuk jadikan kenangan itu sebagai manis ataupun sebaliknya.

Dan, diri mahu jadikan Ramdhan yang akan datang ini sebagai Kenangan yang indah-indah sama seperti kenangan Ramadhan di Syam atau lebih baik lagi. Dan pastikan target ramadhan dipenuhi.

Teringat adab orang arab yang sangat memuliakan tetamu. Jika dikatakan pada mereka atau diajak mereka untuk berziarah, persiapan mereka cukup mantap. Air kosong yang dihidang hanya sebagai mukadimah persediaan mereka, bukan seperti sebahagaian kita yang memang hanya menjamu tetamu dengan air kosong.

Mereka akan pastikan kita datang dengan perut kosong, tetapi balik dalam keadaan yang sangat kenyang dan seronok. Mereka sediakan macam-macam. Air kopinya, nasi yang banyak, lauk yang sedap, buah-buahan yang pelbagai, sampai dah tak mampu nak makan! Sangat memuliakan.

Jadi iktibar yang diambil, tetamu yang bakal kunjung ini (Ramadhan) perlulah kita lakukan persediaan besar-besaran untuk menyambutnya. Seperti orang Malaysia menyambut Raya la kan. Sambutla Ramadhan seperti menyambut tetamu yang ditunggu dan seperti menyambut Syawal itu.🙂

p/s: Ucapan hari lahir di blog lagi satu yea. (oh! kantoi ada 2 blog…hahaha)
Serius sangat tak sabar tunggu Ramadhan ini. Sengaja meniupkan perasaan teruja.

Rakan-rakan sepejabat (Cina) sudah mula tanya-tanya bila nak puasa yea? seronok nak jawab. Inilah 1 Malaysia. Bagaikan mereka juga akan menyambut puasa bersama kita. Working hours pun dipendekkan sedikit sebagai penghormatan untuk umat Islam berpuasa.

Pedoman itu ada dimana-mana, ikut diri sendiri nak ambil atau tidak. Tak kisahlah dari siapa pun.

We have a Choice, just choose it.

office
1.50pm
22 julai 2011
jom kerja dengan semangat!

2 thoughts on “~ Ramadhan dah nak datanglah! Jom sambut dengan meriah…~

  1. menulis tak pernah berhenti (setakat ini). ALhamdulillah.

    Selamat juga…moga Ramadah kali ini lebih baik dari ramadhan tahun lepas dan Ramdhan kali ini sebagai kunci untuk terus istiqamah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s