~ because I of love you lah! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencipa Setiap Sesuatu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Semangat menulis hari ini. Dua entry untuk satu hari. Atau mungkin tiga? haha.

Malam semalam berpeluang menonton cerita tahajjud cinta. Cerita ‘fenomena’ baru di Malaysia. Cinta islamik sepertinya. Bukanlah mengikuti setiap drama yang ada, cuma untuk cerita ini, memang ada daya penarik yang sangat menarik sehingga membuatkan diri tertarik. Merepek.

Video promosi cerita ini membuatkan diri teruja kerana memaparkan latar tempat di Jordan. Baca sinopsis cerita itu membuatkan diri terasa ingin menonton. Episod pertama tidak ditonton, kedua juga tidak. Terus menonton episod ketiga.

Jadi, dengan perasaan teruja yang ada, terusla membuat akaun di tonton.my untuk menonton cerita ini. Semangat kerana mahu lihat Jordan. Rindu sangat. Teruja bila menunjukkan beberapa latar yang ada disana.

Kebetulan minggu lepas semasa episod ke dua, kakak menanyakan sejarah petra. latar yang ada disana. Semangat jugalah bercerita dan memberi peringatan dan iktibar dari kisah petra tersebut.

tahniah juga kepada Eirma Fatima kerana berjaya mengarah cerita yang bergenre Islamik. Alhamdulillah, masih ramai yang jiwa-jiwa mereka ketandusan Islam yang sebenar. Ingin melihat kehidupan sebenar pelajar di timur tengah, budaya mereka.

Dalam cerita ini, diri tidaklah meletakkan ‘high expectation’. Treller juga sudah tahu akan ada isu. Isu yang timbul dalam diri ini. Mengapa ada slot itu? Seperti tidak sesuai sahaja.

Selesai menonton cerita itu, episod satu dan dua, diri termenung. Panjang. Terasa ada juga kenangan di Jordan muncul. Tetapi kurang puas hati. Diulang untuk kali kedua untuk dua episod itu. Kecewa. Sedih.

Cuba berbaik sangka, mungkin moral yang ingin diketengahkan belum sampai maksudnya, tetapi tetap juga rasa terpanggil untuk meluahkan kesedihan yang ada. Bagi mereka yang biasa-biasa mungkin tidak melihat keganjilan dari drama tersebut. Kerana konsep islamik yang diketengahkan sudah mengaburi mata yang melihat.

Diri bercakap bukan atas dasar atau nama Ustazah, tetapi sebagai penonton yang sedikit sensitif. Memanglah Ustaz dan ustazah pun buat silap, tetapi tak salah kalau kita jaga aib mereka. Malah cerita dan sesetengah babak dalam cerita tersebut seperti menyatakan bahawa ustaz dan ustazah ‘slumber’ melakukannya.

BUdaya hidup yang diketengahkan sememangnya tidak sama dengan realiti yang ada disana. Mungkin selepas ini pihak berwajib perlu memberikan sedikit atau lebih teliti mengenai budaya yang ada.

Sepanjang pengajian saya disana, belum sampai ke pengetahuan yang ada pelajar yang berjalan-jalan dengan bilangan sama rata. Sama banyak lelaki dan perempuan. Malah dalam kumpulan yang kecil. Kemudian berpecah untuk ‘berbincang’ sesama mereka. Setakat ini saya belum pernah tahu. Jadi apa yang dipertontonkan seperti menyatakan mereka biasa melakukan hal tersebut.

Adegan duduk berdua di unggun api pada waktu malam, berdua berjalan-jalan, berpegang tangan, dan MEMBUKA NIQOB. Terkejut rasanya melihat adegan itu. Memang dinayatakan yang beliau tidak sengaja, tetapi impaknya kepada masyarakat agak besar bagi saya.

Watak Ustaz Sauki beristeri empat dan tidak adil dalam giliran. Membawa imej buruk kepada poligami.
Ustaz yang berkat. dan bla bla bla…

Bila dialog “ala, Ustaz pun buat macam tu”, terkeluar dari benak masyarakat, ini menunjukkan bahawa tiada lagi golongan yang boleh diteladani. Tidak dinafikan ada juga ustaz dan ustazah yang melakukan kesalahan termasuk diri sendiri, tetapi tidak seharusnya dijadikan atau ditontonkan kepada masyarakat. Kita insan biasa yang memang tidak mampu mengetahui setiap apa yang terdetik dalam hati manusia.

Mungkin kelihatan emosi. tetapi begitulah yang dirasai. Bukan Ustaz dan Ustazah disana tidak langsung berinteraksi sesama mereka, tetapi jelaskan nilai-niali dan panduan yang mereka gunakan. Serlahkan secara baik budaya hidup mereka. Mungkin secara tidak sengaja boleh memberi kesan yang positif kepada Malaysia umumnya.

Oh, saya juga bukanlah Ustazah pilihan yang paling sesuai untuk memberi respon kepada hal ini. Saya juga bukanlah bersih dari dosa. Cuma sekurang-kurangnya sentiasa cuba membaiki diri dan dengan cara saya menulis ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya bila menulis ini membuatkan saya sendiri akn berhati-hati untuk tidak lagi melakukan perkara yang sama. Bertaubat.

Bagi mereka yang berkecil hati dengan tulisan ini, saya minta maaf. Bagi yang berpendapat “ala yang tulis ini juga bukan baik sangat” saya mengaku, memang saya bukan baik mana, tetapi anda pula bagaimana? Jomlah kita sama-sama baiki diri. ALLAH tak pandang hasil tetapi pandang usaha kita. Daya kita dan semnagat kita.

Bagi mereka yang terasa dengan cerita itu, Jom sama-sama kita buktikan bahawa itu bukan budaya pelajar disana. Kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita lebih baik dan sentiasa mahu memperbaiki diri kerana ALLAH Swt.

Sesungguhnya cerita itu membuat diri termenung. Dan teringat tentang Sabda Nabi SAW “sesungguhnya Islam itu datang dengan dagang dan akan menjadi dagang” (dagang:asing) Untunglah mereka yang dagang itu. -au kama qola-

Dan sehingga tak tahu rasa apa yang dominan sekarang kerana semua rasa bercampur baur.

Ilahi, anta maqsudi, waridoka matlubi.

.
.
.
.
.

.

.
.
.
.

p/s: Sangat lama untuk siapkan artikel ini. Tetapi gagahkan juga. Bimbang.
Sungguh iman makin lemah kerana buat baik pun rasa risau kan? oh~~~~~~~~~

Saya rindu Syam. Rindu rutin hidup disana. Mungkin sebab itu saya terpanggil untuk bercerita kisah ini kot. Rutin yang aman dan teratur. Hidup yang suasana dan biah solehah. Memanglah ada nakal-nakal, kira seperti garam dalam masakan.

Salah yang dulu moga ALLAH ampunkan. Sesungguhnya ALLAH Maha pengampun. ALLAH!

Dah tak jadi 2 entry 1 hari sebab dah pukul 12 tengah malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s