~ iktibar dari helang ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani hambaNYA

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Hujung minggu amat ditunggu-tunggu oleh semua orang, terutama golongan yang berkerjaya. Oh! sangat ‘heaven’ bila hujung minggu yang relax dan santai. Tak terkejar-kejar.

Jarang juga sebenarnya hujung minggu berpeluang hanya duduk dirumah. Tetapi alhamdulillah, minggu ini berpeluang seharian duduk dirumah. Memang seronok. Rasalah cutinya.

Nikmat sihat hanya dirasai oleh orang yang sakit, nikmat bercuti hanya dirasai oleh orang yang bekerja.
Terasa lapangnya bila bercuti. Walau Boss ada berikan ‘homework’ untuk hujung minggu ini, tetapi tetap rasa amannya bercuti. Ingat masa belajar sahaja ada homework untuk dibawa balik, kerja pun ada juga. Tetapi disebabkan sudah lama tidak ber’homework’, terasa teruja pula. Haha

Serius jiwa ini rasa sudah lama tidak mengembara. Terasa rindu. Jalan kaki pun sudah jarang. Memang padanlah berat badan naik dengan ‘gembira’nya kerana sudah lama tidak bersenam. Dulu-dulu juga tidaklah kuat bersenam, tetapi sering berjalan kaki.

Berjalan kaki juga mampu untuk membakar kalori yang banyak dan mengeluarkan peluh. Tambahan, kerja yang hanya duduk dikerusi empuk dengan penyaman udara, peluh pun terasa segan mahu keluar. Untuk kepejabat, lif sentiasa ada, memang jarak untuk berjalan sangat minimum. (boleh sahaja cari jalan kalau nak jalan banyak kn aini?). Rutin hidup yang sangat tidak sihat. Boleh sahaja berjogging sebelum kerja, tasik hanya depan rumah, cuma kegagalan menguruskan waktu. Padanla diri sendiri.

Mungkin sebab itu kot, peningkatan kurangnya kualiti kesihatan di Malaysia kini. Rakyat yang jarang bersenam. Rakyat itu juga adalah saya. Hmmmmmm~ -rajinkanlah diri untuk bersenam, walau hanya jalan kaki ok? –

Oh, teringat mahu notakan kisah yang sangat unik untuk diambil iktibar. Kisah si helang yang hebat. Kajian membuktikan bahawa helang adalah spesis burung yang mampu hidup lama. Adakala mencecah sehinggga 60-70 tahun. Tetapi untuk sampai ke tahap itu, helang perlu melalui tempoh yang sangat kritikal.

Menjelang umur 40 tahun, Helang akan menjadi sangat tua. Paruhnya akan memanjang sehingga akan terkena pada lehenya sendiri. Tajam tu. Bulu-bulu akan tumbuh lebat dan berat sehingga sukar untuk dia terbang tinggi. Kukunya juga memanjang.

Untuk terus hidup, helang mesti mengantikan paruh, bulu dan kukunya. Helang akan terbang tinggi ke satu kawasan bukit untuk transformkan dirinya kepada muda remaja. (hehehe).

Helang akan patukkan paruhnya ke bukit-bukit untuk mematahkan paruh yang panjang itu. Helang juga terpaksa untuk mencabut kukunya yang sangat panjang dan menjatuhjan semua bulu yang ada. Masa ini agak lama untuk berlaku. Jika helang ini tidak kuat, maka helang akan mati.

Cuba kita bayangkan jika kuku yang dijari ini tercabut atau dicabut. Sangat sakit. Tetapi helang ini sanggup untuk sakit kerana semangatnya untuk terus hidup. Selepas melalui masa yang sangat perit itu, helang akan kembali pulih dan kuat dengan paruh, bulu dan kuku yang baru. Malah lebih kuat dan gah.

Iktibarnya, untuk menjadi terbaik dan kuat, kita mesti melalui satu proses yang menyakitkan dan menyukarkan. Proses yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang kuat.

Dugaan dan cabaran yang pelbagai genre juga kategori. Bergantung kepada keadaan. Kesakitan yang dirasai semuanya adalah untuk mematangkan diri. Menjadikan diri seorang yang sangat kuat dan kental. Sama seperti helang tadi.

Hebat bukan? Manusia yang ALLAH tanggungjawabkan menjadi khalifah seharusnya lebih kuat dan hebat. Ambillah pengiktibaran dari helang ini. Bukan mudah mahu berjaya. Bukan sikit air mata yang akan turun kerananya. Tetapi kesakitan yang dirasai pasti akan ‘hilang’ setelah melihat kejayaan yang diperoleh nanti.

Penatnya belajar, mesti akan hilang dengan terlihatnya Ijazah semasa Majlis konvokesyen. Pasti turun air mata kesyukuran. (ini memang pernah rasa). Sakitnya bersalin akan hilang selepas melihat comelnya anak yang dilahirkan. (Belum merasinya lagi, tetapi tahu melalaui penceritaan orang. -logik pun sebenarnya-)

Yang pasti, bukan kita sahaja yang ditimpa musibah dan bukan kita sahaja pernah sedih, manusia lain juga makhluk lain juga merasainya. Indahnya ciptaan ALLAH pada perasaan. SubhanALLAH.

ALLAH nak bagi kita nikmat yang tak terhingga untuk syurgaNYA, sebab itu kita diujiNYA. Ujian kan untuk tingkatkan taqwa dan kebergantungan kita pada ALLAH. Bersyukurlah dengan ujian kerana ALLAH tidak melupakan.

Senyum.

Ilahi, Anta maqsudi, Wa ridoka matlubi. (Tuhan, hanya ENGKAU yang ku maksudkan, dan RedhaMU yang ku dambakan)

p/s: Banyak perkara yang tertangguh, dapat disiapkan, hanya kerana bercuti.
Masa. Kalau tidak memotong pasti terpotong.

Kita merancang, ALLAH juga merancang, tetapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

iktibar dari helang didengar di radio oleh Ustz Badlishah. Lepas dengar terasa sangat semangat. Semangat pemburu seperti helang. Semangat memburu kejayaan pandangan dari ALLAH. Yeaaahhh!!!!

Mestilah memilih, tak kan main sapu sahaja kan?

23 Julai 2011
Desa Bangsawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s