~ semangat, semangat teruslah bersemangat! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengampun.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Selamat memasuki bulan tarbiyah. Tarbiyah ramadhan al Mubarak. Ramadhan kareem. ALLAHu akram!

Semangat sungguh berada dalam bulan ramdhan ini. Moga semangatnya terus berkobar-kobar dan menyala terang!

Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan lepas dan ramadhan kali ini menjadi titik tolak perubahan yang baik secara berterusan.

Misi ramadhan kali ini seperti tahun lepas juga. Mesti sama atau lebih lagi. Moga ALLAH mudahkan dan ringankan diri ini untuk melakukannya. Ammeeeennn~

Cerita-cerita hujung minggu.

Sepanjang minggu yang agak sibuk. Hujung minggu berkesempatan pulang ke kampung.πŸ™‚ -senyum lebar-

Alhamdulillah, tahun ini durian SANGAT menjadi di kampung. Semua pokok ada buahnya. Semua rumah yang ada pokok durian ada durian berbuah di pokok tersebut. Setiap kali pergi tengok durian gugur mesti jumpa. SERONOK SANGAT.

Teringat masa kecil-kecil dulu, tak mahu tidur sebab nanti pagi-pagi nak ikut aki pergi kutip durian, boleh kutip banyak-banyak kalu pergi waktu pagi, tetapi entah bila tersedar hari pun sudah siang. Pergi ke dapur, dah terkumpul durian yang aki kutip. Mulalah sedih. hahaha, kenangan masa kecil.

Pagi sabtu konon-konon nak bangun pagi untuk ikut mak ke kebun cari durian, tetapi entah bila tertidur dan tersedar bising dan mak pun dah balik dari kutip durian. Teruk sungguh! tidur mati. hahaha -jatuh saham kot!-

Sarapan pagi dengan durian. Banyak juga dimakan. Sedap.
Tengahari makn durian lagi. Banyak yang dimakan. Sedap.
Bila petang-petang, ke dapur buka durian. Makan banyak. Sedap.

Hari sabtu Hidayah dan Aarof datang kerumah. Wa!~ sangat teruja sebab perut dhayah sudah buncit. opss~ Buncit sebab ada baby. hehehe. tapi, dayah tak bagi pegang😦 segan katanya. ok, hormatilah kehendak ibu mengandung kan? hehe. tak lama lagi bulan 11 dayah akan jadi mak, ibu, umi, mama, mummy, amma, ma untuk anaknya. SANGAT TERUJA!

Hari ahad pulang ke KL dan singgah dirumah wan kat sungei wang. Makan masakan wan sampai tak boleh berhenti. Sedap. Selera sangat. sedar-sedar orang lain semua dah berhenti. Makan sangat banyak. -jatuh lagilah saham!- hahaha

Timbang-timbang, badan naik lagi. Hahahaha. Bahagia sangat!πŸ™‚

Balik berkejar-kejar mangrib dan isyak, kemudian tarawikh di surau. Pertama kali berpuasa di KL. Suasananya sudah terasa hangatnya.πŸ™‚ -Moga sampai akhir ramadhan dan kekal sepanjang masa. Rasa semangat untuk beribadah. Ramadhan adalah sekolah terbaik untuk melakukan perubahan kepada kebaikan.

Dan hari 31 Ogos nanti kita akan merayakan 2 hari kemerdekaan. Merdeka negara dan merdeka jiwa. Moga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa. Merdeka dengan rasa penuh kehambaan padaNYA. Ameeenn~

Pesan ustaz Nasa, Jangan tinggal tarawikh! Jangan tinggal tarawikh! Jangan tinggal tarawikh!

AL-quran bagi khatam paling kurang 1 kali dalam bulan ini. Memanglah macam tak sempat, tetapi tak mustahil. Dulu boleh, sekarang mesti lebih lagikan aini?πŸ™‚

Lagu (baca:zikir) yang paling sangat sukai semasa belajar di Syam dahulu – Ya zal juudi wal ihsan, narju’ afwaka wal ghufraan- ::dibaca mengikut intonasi yang diajar, diamalkan setiap kali lepas solat terawikh dengan bacaan ramai-ramai:: zouq sangat!

Ramadhan itu bukan meriah mengikut tempat, tetapi bagaimana hati menghayati keberkatan yang ada dalamnya.

Walau suasana ramadhan kali ini sudah berbeza dengan sebelumnya, tetapi tak mengapa, keberkatannya tetap sama, malah boleh dapat lebih jika lebih bersungguh!

Walau tak solat banyak masjid macam di Syam, tak mengapa, janji masih tunaikan solat terawikh berjemaah.

Walau dah tiada ‘si pengejut sahur’ seperti di Syam, tak mengapa, jam locengkan ada, masih boleh bangun sahur. hahaha

ok! cukup-cukup. Banyak lagi masa untuk difaedahkan pada yang LEBIH faedah!

last! Selamat berpuasa dan semoga puasa ini menjadi medan perubahan yang positif ya! Jom berubah kepada kebaikan. Salam ramadhan Kareeem.

.
.
.
.
p/s-Bulan puasa boleh balik 5.30. Alhamdulullah, masih awal dari 6.15 kan.
terbelih makn durian sampai jadi pening. Makan tak ingat dunia kan?
Lama sangat tak makan manggis, macam terlupa rasa manggis macam mana. oh~ Nak manggis..:(
Puasalah aini!!! asyik ingat buah sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s