~ ramadhan fasa 2, fasa pengampunan ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Adil dan Saksama.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Wah! Sudah sampai separuh ramadhan sudah. Sekejapnya masa berlalu. Maknanya, tidak lama lagi, ramadhan akan berakhir, oh~

Fasa pertama, fasa rahmat sudah habis, sekarang pertengahan fasa ke dua iaitu fasa pengampunan. Jom, minta ampun banyak-banyak, solat taubat banyak-banyak.🙂

Minggu lepas berkesempatan berbuka di masjid Negara sekali dengan terawikh. subhanaALLAH. Seronok sangat. Solat terawikh berimamkan dengan imam dari mesir tetapi kurang pasti siapakah namanya. 1 rakaat 1 maqra’. Syeikh sangat tadabur dengan ayat yang dibacanya. Serius tak rasa lama, tetapi hanya boleh buat sampai 8, perlu kejar balik kerumah pula, lambat habis nanti lambat balik, kurang bagus disitu, tambahan tiada lelaki yang ada sekali.🙂

Malam semalam di masjid asyakirin KLCC. Berbuka dengan ramai orang. Jumpa kenalan baru. Seronok.

Terasa juga meriahnya ramadhan di Malaysia selain dari bazaar ramadhan.

Berita gembira! Alhamdulillah, saya sudah mendapat anak saudara yang ke-6 pada ahad lepas. Lelaki. Belum ada nama lagi. Sekarang berada di wad, baby kurang sihat. Doakan baby yang comel ini sihat dan cergas. Membesar dengan baik. bila dah besar jadi pejuang Islam yang hebat!

Akak, alhamdilillah sihat dan sudah boleh keluar hospital, tetapi pilih untuk duduk sekali dengan babynya di hospital. Wan pun belum dapat tengok baby lagi. Hujung minggu nie nak balik ke kampong, jenguk baby dan umi baby dengan wan baby, dengan mak cik-mak cik baby, dengan sepupu-sepupu baby baru. Haha.

Malam ni rancang ke masjid Negara. Oh~ hari ini nuzul quran. Peristiwa besar dalam ramadhan. Quran yang menjadi panduan kita. Hari ini sudah baca quran? sudah tadabbur ayat? Sudah ulang bacaan?🙂

.
.
.

p/s: orang kata, kalu nak cari sahabat, carilah dekat masjid. Kalau nak cari jodoh pon boleh, dan malam tadi saya terlihat dia. Apakah? Hahaha –saja layan mereng-

nuzul quran, banyak negeri cuti, tetapi kenapa KL tak cuti? Sunyi je hari ini kat ofis. So bored!

Lagu-lagu raya sudah berkumandang, betul-betul tak ada feeling nak raya. Belum puaslah dengan ramadhan kali ini.

ALLAH bagi cuti, ambik sahajalah, dah itu fitrah.:)

Makin lama makin mengarut sahaja sepertinya. Hmmmm~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s