~ dan lagi seorang telah sempurna separuh agamanya ~

Image

Dengan Nama ALLAH yang Maha Penjaga Hati.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Ya ALLAH, jagalah hatiku dan tetapkanlah hatiku hanya padaMU. [Hati-hati menjaga hati agar tidak terasa hati, hati-hati memberi hati agar tidak patah hati, hati-hati menabur janji agar tidak dimungkiri.]

Isu hati dan cinta yang sentiasa subur dan tak pernah berpenghujung. Nikmat ALLAH yang diberikan kepada kita untuk merasai nikmat yang indah ini.

Alhamdulillah, sudah selamat diijabkabulkan Humi Hermilia dengan Azhar Mohammad. Tahniah untuk kalian.

Tak sangka, kawan sama batch, sama rumah, sama bilik ini sudah berkahwin. Serius seperti tak percaya. Semoga jadi isteri solehah yea umi. Sabar banyak-banyak. ๏Š

Humi memang kawan berdebat yang hebat. Idea berbincang memang selalu banyak dengannya. Selalu bermuhasabah dengannya. Oh, lagha-lagha juga dengannya. hahaha

Humi akan berangkat ke Sarawak 26hb 12 2011 ini. Mengikut suami. Jauhlah kita humi, sudah tidak boleh keluar sama-sama lagi.

Teringat saat belajar bersama dulu. Saat study sama-sama. Saat becerita banyak sebelum tidur. haha. I told you, im gonna miss that time. Tak sampai 10 tahun pun dah rindu. haha.

Semoga baik-baik sahaja dalam hidupmu yang baru ya! Janganlah segan silu nak make a call, lainlah orang kat sini, bimbang menggangu. hehehe

Banyknya kenangan tertimbul. Semoga terus segar ya.

Maaf tak boleh datang sebelum kenduri, lama-lama semasa kenduri dan tolong-tolong selepas kenduri. Semuanya masalah kekangan masa dan keupayaan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik.

Dan hari bahagiamu, sangat comel! Purple.

cepat-cepat dapat baby tau! hahaha~

~ dan lagi seorang telah sempurna separuh agamanya ~

humi dan mak ๐Ÿ™‚

Ini entry khas. Banyak masa lebih kot. Hahaha

Ingin cerita banyak, tetapi seperti kurang sesuai sahaja. Seperti terasa akan ada hati yang terluka.

Apa-apa pun, semoga kalian para pembaca, tetap teguh pada jalanNya dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Kita bukan siapa-siapa andai ALLAH tak mengaku kita hambaNya. Rahmatilah kami ya Rahman!

minggu depan Maal Hijrah. List target untuk 1433 sudah siap. ALhamdulillah. Usaha sehabis daya ya aini…:) Doa jangan lupa…Moga ALLAH mudahkan segalanya. Amin ya Fatah..:D

lamanya blog ini tiada gambar kan?hehe

p/s: Minggu ini majlis walimah mardiah, tetapi tak dapat datang. Sama tarikh dengan kak long liyana dan esoknya ada family day Ibnu Hagzai di Selangor.

Kelas mengaji perlu disusun semula lah! Jadual seperti kelam kabut. Semoga ALLAH bagi kelapangan masa dan kekuatan kudrat untuk ke kelas..:)

Hasanul iman sudah pandai senyum dan ketawa. Dan dia sangat asyik ketawa, dan ketawanya buat asunya rindu. Sangat rindu. Indahnya hidup si kecil~

~ raikanlah! ~

Dengan Nama ALLAH yang memiliki Hati. Thabatkan hatiku pada jalanMU.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

~ Baik hubungan dengan ALLAH, baiklah hubungan dengan manusia, buruk hubungan dengan ALLAH, buruklah hubungan sesama manusia – anonymous-

Husnu zhonlah, kerana dengannya boleh mendamaikan hati yang kian meremuk. Dan, bertabahlah! ๐Ÿ™‚ -raikan perasaan tetapi jangan sampai tenggelam dengan perasaan-

Jujur diri katakan, minggu ini sangat-sangat tertekan. Terima kasih Tuhan, kerana masih mengingatiku. Moga tekanan ini mendekatkan diriku dan menambahkan taqwaku padaMu.

Diri bertabahlah~ Tolong diri sendiri yea diri..Tolong~

Kan ALLAH suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Tak nak ke menjadi mukmin yang ALLAH suka dan sayang? Nak kan? jadi, Kuatlah!

๐Ÿ™‚

Apa yang penting? Jaga hati dan baik budi..:) Hablu minaALLAH wa hablu minannas. Hubungan dengan ALLAH kena jaga, dan hubungan dengan manusia juga.

p/s: Raya korban sangat meriah kali ini. turut sama melapah daging korban di pusat sembelihan. Teringat zaman belajar yang gotong royong potong daging dulu-dulu. ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, anak batch IKIP-Yarmouk ke 2 selamat dilahirkan pada 5 Nov 2011. AMNI NAWIRAH bt Mohd Aroff. Noorul Arofah binti Mohd Aroff. Tahniah Dayah dan suami. Belum berkesempatan menjeguk walaupun rumah dekat dengan hospital, dah tak ada orang bagitahu, terlupa kot. Ada rezeki jumpalah,

.
Diri sungguh-sungguh jaga hati, tetapi mengapa senang-senang sahaja ‘mereka’ gagalkan usaha diri? kesian hati ini, terluka lagi. atau, salah diri sendiri yang cepat sangat terasa hati ya?

alah~ nanti-nanti baiklah…..:)
jangan ikut hati sangat yea diri.
Apa yang ada, raikan! tetapi dalam semua perkara kita kena bersederhana. ๐Ÿ™‚

~ yang ditulis untuk catatan ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Melindungi.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah 3ala Kulli Nikmah!
Syukur Lillah~

Diri sedang berusaha kuat untuk menulis ini. Berusaha untuk menyiapkan tulisan untuk diletakkan dalam blog yang comel lagi jelita. Ada blog jelitakah? Haha

Alhamdulillah, tahun 1432H akan berakhir. Sekarang sudah bulan Zulhijah. Bulan terakhir dalam bulan-bulan Islam.

Impian 1432H, hampir semuanya terlaksana, Cuma beberapa list yang akan dibawa ke tahun 1433H. Sudah usaha, tetapi mungkin belum masa dan belum rezeki. ๏Š

Berbalik kepada bulan Zulhijah ini, semua maklum adalah bulan haji. Bulan beraya sekali lagi. Malah, bulan berkorban. Alhamdulillah, sampai kita pada bulan yang pernuh keberkatan. Semoga Hari Raya Korban akan mengajar kita erti pengorbanan.

Pengorbanan yang bervariasi. Banyak sebenarnya yang kita perlu dikorbankan dan mengorbankan untuk mendapat apa yang diingini. Malah, adakala, kita sendiri yang menjadi korban.

Dan, diri ingin mengucapkan selamat Berkorban yea semua! Moga pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Sarah serta Hajar, akan memberikan kita inspirasi untuk berkorban juga.

Ok, masa untuk bercerita. Banyak tau!

1) Kisah dalam train.
Sudah banyak kali sebenarnya kisah ini berlaku. Cuma, semalam bagi diri adalah kemuncak. Beberapa hari sebelum semalam. Dalam train ke rumah. Sampai di satu stesen, ada beberapa orang naik. Tiba-tiba, bau yang kurang enak โ€˜terhidangโ€™. Berkerut kening diri. Bau apakah ini? Yang pasti bukan bau badan orang tak mandi, tetapi adalah bau masam yang sampai boleh buat pening. Memandangkan beberapa orang sahaja yang baru naik, maka, bolehlah dikenal pasti mereka.

Ada seorang budak sekolah, mungkin bawah dari tingkatan 3, sebab kecil dan kurus. Pelajar lelaki, tetapi berbaju t-shirt biasa. 2 orang perempuan biasa. Seorang lelaki dewasa. Budak tersebut duduk berdepan dengan diri. Diri mengesyaki bau itu dari dia. Dan apabila dia menguap, semakinlah kuat baunya.

Kesimpulannya, memang bau dari budak itu. Diri yakin. Dan bergenang air mata. Rasa kecewa dan rasa bersalah sangat dengan diri sendiri dengan Tuhan sekali. Rasa berdosa. Dan diri berdoa agar pelajar itu diberikan hidayah dari ALLAH dan berubah kearah yang lebih baik.

Inikah kemajuan yang kita perlu bayar? Inikah nilai-nilai ketimuran yang kita bangggakan? Bukan menolak kemajuan, tetapi isunya, bagaimana kita mentadbir kemajuan dan hidup dalam kemajuan. Takrif kemajuan yang didoktrinkan juga sebenarnya juga mempunai isu. Bila bagi sesetengah masyarakat yang mengatakan bahawa kemajuan perlu sama dengan kebaratan, maka diri tolak kenyataan ini.

Kemajuan teknologi yang standing dan lebih baik dari barat adalah baik, tetapi nilai moral dan social yang maju seperti barat adalah salah. Memang bukan semua orang barat rosak akhlaknya, tetapi secara umum dan diketahui masyarakat awam adalah begitu.

Kecewa! Sangat-sangat. Andai ini bayaran kemajuan, maka diri definisikan bahawa ini bukanlah kemajuan tetapi kemunduran dan kemorosotan. Kebejatan moral dan akhlak.

Kalau budak masih sekolah juga sudah pandai dan tahu untuk mendapatkan โ€˜bauโ€™ tersebut, apatah lagi orang dewasa yang kurang pemahamannya dalam agama?

Teringat kisah cerita-cerita kisah dulu-dulu. Berkaitan seorang pemuda yang diminta melakukan 3 maksiat. Berzina dengan perempuan, membunuh bayi dan meminum arak. Lelaki itu memilih meminum arak kerana merasakan dosa minum arak lebih kecil berbanding 2 kesalah yang lain.

Maka, minumlah lelaki itu arak sehingga mabuk. Dalam keadaan mabuk dan tidak berfikiran waras, maka dia melakukan zina dan membunuh bayi. Maka, arak adalah ibu segala dosa! Jauhilah yang haram itu. Tolonglah dirimu. Dengan tolong diri sendiri, secara tidak langsung, kamu juga menyelamatkan orang lain. Tolonglah!

2) Kisah bila dewasa
Tanggungjawab tidak akan pernah habis dan selesai. Setiap hari dan setiap saat. Sentiasa ada dan mesti dilaksanakan. Tak kisahlah arahan atau suruhan dari mana dan dari siapa, tetapi ia tetap tanggungjawab. Maka sila bertanggungjawab!

(ayat yang sangat umum tetapi memiliki maksud yang sangat khusus)

3) Kisah duni cinta
Bulan November sehingga Disember tahun ini, setiap minggu pasti mendapat undangan perkahwinan. Ada yang bertindih 2, 3 dalam satu tarikh.

12/11/2011 โ€“ kak bahiy dan Dr Dzul di Temerloh
13/11/2011 โ€“ Aisyah dan haizuddin di Melaka
19/11/2011 โ€“ Dr Dzul dan kak Bahiy di Ampang
20/11/2011 – Humi Hermilia dan Azhar di Bera
26/11/2011 โ€“ kak long liyana dan Najah Di Selangor
Mardiah dan Bahry di Mentakab
27/11/2011 โ€“ Amirul Syahida dan pasangan di kuantan
Anak Mak Ngah di Serdang
28/11/2011 โ€“ Family Day Ibnu HAGZAI di Selangor
3/12/2011 โ€“ Kenduri Najah di perak
Saiful Bahry di ampang
10/12/2011 โ€“ Kak murni dan Adam di perak
Haniza dan pasangan di Mempaga

Ini adalah yang di listed dan teringat. Yang lain mungkin dalam proses. Diri percaya masih ada yang belum tahu. Hahaha

Semoga kalian semua bersatu dengan redha ALLAH dan keluarga. Cintailah pasangan seadanya dan cintailah mereka kerana ALLAH. Moga berkekalan hingga syurga dan dikurniakan pejuang-pejuang Islam yang soleh serta solehah malah penyejuk mata kalian. ๏Š

4) Dunia kerjaya
Sekarang sudah masuk dalam tempoh pemerhatian a.k.a โ€˜probationโ€™. Hehehe. Alhamdulillah, walaupun agak kecewa dengan peraturan yang ada, tetapi percayalah, insyaALLAH ada hikmahnya. Sila imaninya aini, apa yang berlaku pasti ada hikmah. Kan ALLAH lebih tahu segalanya.

Sempat menghadirkan diri ke Career fair anjuran IBBM di KLCC. Seronok juga. ๏Š

Semakin hari semakin ok dan Berjaya memiliki โ€˜assetโ€™ sendiri. Alhamdulillah.

5) Dunia Diri
7 zulkaedah 1432H, genap usia 23 tahun. Pencapaian yang direkodkan tidaklah hebat. Tiadalah buku sehebat Al-qanun hasilan ibnu sina atau pembebasan kota kristian kepada Islam seperti Sultan Muhammed Al-Fateh, tetapi sumbangan yang minority, moga-moga ada. Minta sangat ALLAH โ€˜pandangโ€™ walau sikit. Ameeen.

Senarai โ€˜tugasanโ€™ yang perlu dicapai tahun depan juga sudah ada. Moga ALLAH mudahkan urusan dan perkenankan.

ALLAH, redhailah diriku, ibu bapaku, ahli kelurgaku, guru-guruku, sahabat handaiku, dan umat islam seluruhnya.

Jadikanlah hati kami ini tertaut erat padaMU dan bertautan antara kami keranaMU. Teguhkan kaki kami pada jalan dan syiarMu.

Ada lagi tak terlupa? Maklumlah, kisah yang semua jadi pekasam, niat je nak update, tetapi kurang efisyen dalam tindakan. Padan muka sendiri. Kan dah lupa-lupa. Huhuhu.

Baiklah, setakat ini dahulu kisah yang ingin dikongsi. Moga ada pengajaran. Maaf salah tulis dan memeningkan orang yang membaca. Pilihan anda untuk baca, jadi tanggunglah kepeningan yang pening di kepada itu yea. ๏Š

O0o0~ balik kampong..o0o0 balik kampong, hati girang!

p/s: hari ini mendung. Pagi tadi hujan sangat lebat. Bila sekarang musim hujan, maknanya, jom kita selalu berdoa. Dan doa semasa hujan akan menjadi antara doa-doa yang mustajab. ALLAH, perkenankanlah doaku dan orang yang baca entry ini. ๏Š

Junior-junior dah panjang kaki bina kerjaya. Alhamdulillah. Moga diberkati setiap usaha anda.