~ dan lagi seorang telah sempurna separuh agamanya ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Penjaga Hati.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Ya ALLAH, jagalah hatiku dan tetapkanlah hatiku hanya padaMU. [Hati-hati menjaga hati agar tidak terasa hati, hati-hati memberi hati agar tidak patah hati, hati-hati menabur janji agar tidak dimungkiri.]

Isu hati dan cinta yang sentiasa subur dan tak pernah berpenghujung. Nikmat ALLAH yang diberikan kepada kita untuk merasai nikmat yang indah ini.

Alhamdulillah, sudah selamat diijabkabulkan Humi Hermilia dengan Azhar Mohammad. Tahniah untuk kalian.

Tak sangka, kawan sama batch, sama rumah, sama bilik ini sudah berkahwin. Serius seperti tak percaya. Semoga jadi isteri solehah yea umi. Sabar banyak-banyak. 

Humi memang kawan berdebat yang hebat. Idea berbincang memang selalu banyak dengannya. Selalu bermuhasabah dengannya. Oh, lagha-lagha juga dengannya. hahaha

Humi akan berangkat ke Sarawak 26hb 12 2011 ini. Mengikut suami. Jauhlah kita humi, sudah tidak boleh keluar sama-sama lagi.

Teringat saat belajar bersama dulu. Saat study sama-sama. Saat becerita banyak sebelum tidur. haha. I told you, im gonna miss that time. Tak sampai 10 tahun pun dah rindu. haha.

Semoga baik-baik sahaja dalam hidupmu yang baru ya! Janganlah segan silu nak make a call, lainlah orang kat sini, bimbang menggangu. hehehe

Banyknya kenangan tertimbul. Semoga terus segar ya.

Maaf tak boleh datang sebelum kenduri, lama-lama semasa kenduri dan tolong-tolong selepas kenduri. Semuanya masalah kekangan masa dan keupayaan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik.

Dan hari bahagiamu, sangat comel! Purple.

cepat-cepat dapat baby tau! hahaha~

~ dan lagi seorang telah sempurna separuh agamanya ~

humi dan mak🙂

Ini entry khas. Banyak masa lebih kot. Hahaha

Ingin cerita banyak, tetapi seperti kurang sesuai sahaja. Seperti terasa akan ada hati yang terluka.

Apa-apa pun, semoga kalian para pembaca, tetap teguh pada jalanNya dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Kita bukan siapa-siapa andai ALLAH tak mengaku kita hambaNya. Rahmatilah kami ya Rahman!

minggu depan Maal Hijrah. List target untuk 1433 sudah siap. ALhamdulillah. Usaha sehabis daya ya aini…:) Doa jangan lupa…Moga ALLAH mudahkan segalanya. Amin ya Fatah..:D

lamanya blog ini tiada gambar kan?hehe

p/s: Minggu ini majlis walimah mardiah, tetapi tak dapat datang. Sama tarikh dengan kak long liyana dan esoknya ada family day Ibnu Hagzai di Selangor.

Kelas mengaji perlu disusun semula lah! Jadual seperti kelam kabut. Semoga ALLAH bagi kelapangan masa dan kekuatan kudrat untuk ke kelas..:)

Hasanul iman sudah pandai senyum dan ketawa. Dan dia sangat asyik ketawa, dan ketawanya buat asunya rindu. Sangat rindu. Indahnya hidup si kecil~

2 thoughts on “~ dan lagi seorang telah sempurna separuh agamanya ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s