~ masak campak-campak dan penulisan ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Berkuasa
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Lama sungguh tidak di update blog ini. 2 minggu juga lah. 
Banyak juga cerita yang mahu dikongsikan. Yang mana sempat bolehlah die nukil, mana yang lupa, simpan sendiri sahajalah nanti.

1) Kerjaya
Dunia kerjaya makin mencabar. Sangat mencabar. Alhamdulillah, masih under probation (disini kata tempoh berpantang). Pantanglah sangat! Habis tahun 2011 ini menjelma tahun baru dengan segala macam projek dan tanggungjawab baru. Cuba dan sedang dalam proses mencabar kebolehan dan meng-kreatif-kan minda untuk cipta satu produk baru. Serius sakit kepala. Bank ini tidak sama seperti bank-bank kebanyakan dan well-known macam bank-bank lain. Produk-produk yang ada juga mestilah high level. Sesuailah dengan pelaburan punya konsep. Any idea? Fikir-fikir!!!

Tahun depan juga bermulalah tugas sebagai Shariah Review Officer secara total. Maknanya, tugas seriously makin berat dan meruncing. Memang sangat takut berdepan dengan tanggungjawab memastikan semuanya comply dengan Shariah. Berdebar, risau kalau-kalau tidak dapat lakukan yang terbaik. Tugas ini sangat berat. Berkaitan dengan hukum halal dan haram. ALLAH, mudahkanlah aku…

Walaupun begitu, ini adalah satu perkara yang baru dan mencabar untuk cari tahu dan mengambil tahu. Berusaha menjadi lebih sensitif untuk kesan kerompongan-kerompongan yang ada. Berusaha menjadikan setiap transaksi yang dilakukan selaras dengan Shariah. Sahaja aku bekerja kerana ALLAH taala. Ameeenn~

2) Kehidupan
Hidup mesti ada perubahan. Perubahan yang positif. Ya, saya sedang berubah dan sentiasa mahu berubah. Antara cara saya melakukan perubahan adalah dengan berhijrah. Dari desa bangsawan ke melur. Dari duduk di tempat orang atasan kepada tempat orang kebanyakan. Haha.

Hijrah menuntut pengorbanan. Sudah ditimbang baik buruk, pro dan cont, nekad mahu berpindah. Moga dengan keputusan ini, membawa kebaikan pada semua orang dan terutamanya kebaikan pada diri sendiri.

Bakal kembali serumah tetapi bukan sebilik dengan rakan sebilik dahulu. Niat dalam hati mahu hidupkan suasana Andaleep dan bayt zuhud kembali semasa die melur nanti. Moga ALLAH istiqomahkan kami untuk lakukan kebaikan. Ameenn~

3) Konflik
Diri menjadi sangat kagum kepada wanita bekerjaya yang kerjaya adalah office hour. Maksudnya bukan guru. Bukan tidak mengagumi kerjaya guru, tetapi semua orang tahu, guru masanya ‘berkat’ berbanding kerjaya lain. 

Sebagai wanita yang belum berkahwin, diri merasakan OK sahaja menjadi seorang wanita yang bekerjaya dan kerja mengikut jam pejabat. Masih tiada komitment besar melainkan untuk diri sendiri dan orang sekeliling yang belum begitu mengikat. Tetapi bila sudah berumah tangga dan mempunyai anak, mesti sukar mahu menguruskan dan memaksimumkan keberkatan masa. (ini pemikiran yang masih belum menghadapinya, kalau dah hadapi, minta ALLAH mudahkan dan ringankan tekanan).

Berada dalam industri perbankan Islam ini memang sangat mengujakan. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang akan kita ketahui. Dan, banyak lagi khazanah ilmu perbankan yang masih belum diterokai. Ibaratkan ilmu muamalat seperti hutan dara yang masih suci. (teringat seminar berkaitan hibah). Berada di dalam ini diri rasakan tanggungjawab membawa perbankan islam lebih tinggi dari konvensional sangat tinggi. Memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa perbankan islam adalah satu kewajiban bukan pilihan. Memberi kesedaran bahawa perbankan konvensional sememangnya riba’.

Tetapi, setelah difikir, dimuhasabah, tanya sudut hati paling dalam, ini bukan tempat yang sesuai untuk diri ini. Diri rasakan, jiwa dan keadaan yang ada ini tidak selari. Maksudnya, masih belum 100% diri ‘gembira’ dan ‘masuk’ dengan kerjaya ini.

Memang banyak kebaikan yang ada dalam industri ini, tetapi entahlah, terasa kurang pada kepuasan. Walau dapat gaji setiap bulan, tetapi sayang, diri rasa potensi sebenar yang ada dalam diri ini belum dikeluarkan sepenuhnya dalam dunia perbankan. Yang memeningkan lagi, kadang-kadang diri sendiri tidak tahu apa sebenarnya potensi yang ada dalam diri ini. Hmmm~

Mengenangkan tanggungjawab, harapan dan masa depan, maka, diri tetap kuatkan kaki dan hati untuk terus dalam bidang ini. Cuma, diri sendiri tidak boleh berjanji yang akan kekal dalam dunia kerjaya yang sebegini. Tuhan, tolong tunjukkan yang terbaik untuk diri.

Dan diri berasa sangat teruja kerana ramai adik-adik junior telah melangkah dalam alam ini. Kiranya ada pelapislah.  dan harapan diri juga, lebih ramai rakan-rakan dan junior-junior yang masuk dalam bidang ini dan menyedarkan masyarakat bahawa perbankan islam ini sebagai satu kewajipan. Kewajipan untuk menjauhkan yang haram dam melakukan yang halal.

4) Ekonomi
Alhamdulillah, kerajaan banyak melakukan kebaikan dan kebajikan kepada seluruh warga Malaysia. Dan, yang paling terbaru, pemberian wang saraan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Maklumat lanjut boleh lihat mana-mana artikel mengenainya.

Malah, kerajaan juga akan meningkatkan gaji pekerjanya. Keadaan ini baik untuk menggalakkan lagi ekonomi yang sedia ada. Meramaikan pengguna yang berkeinginan dan mampu untuk memiliki. Cuma, secara teorinya, dalam ekonomi, setiap yang diberikan maka akan wujud kos lepasnya. Jadi persoalan yang timbul dalam benak ini, apakah kos lepas kerajaan yang perlu dihadapi untuk memberikan sebanyak ini subsidi?

Adakah kos lepasnya penarikan subsidi pada barang keperluan, kenaikan harga minyak yang nanti akan membawa kepada peningkatan harga-harga semua barangan lain? Kenaikan inflasi?

Setiap bulan, perbelanjaan kerajaan bertambah dan deficit setiap tahun.

Pada pendapat diri yang masih cetek ilmunya, bukan tidak boleh diberikan subsidi sebegitu, tetapi apa yang diri nampak kesan yang akan berlaku dengan wang banyak dipasaran adalah inflasi. Jadi, duit yang banyak tetapi kuasa beli masih lagi sama, maka tiada perjumpaan titik temu!

Atau, mungkin kerjaan memberikan wang bantuan dengan memberikan subsidi pada barangan keperluan. Dengan ini, barang-barang keperluan akan turun harga atau boleh dikawal harganya sehingga semua lapisan masyarakat mampu untuk membeli barangan keperluan. Pasaran makin sejahtera. Yang susah merasakan kesenangan, yang kaya menjadi aman.

Kebajikan itu boleh terus dirasai oleh semua rakyat. Bukan hanya rakyat pilihan. Sebab, semua orang menggunakan barang keperluan untuk terus hidup. Hasil dan kebajikan mengalir terus kepada yang berhak tanpa sebarang diskriminasi dan jenayah kolar putih!

Moga-moga pemberian ini juga bukan untuk meraih undi padi pengundi. Bila sudah habis pilihanraya, semua harga barangan melambung tinggi, subsidi ditarik balik bagi membaiyai kos yang sudah digunakan, cukai dikenakan pelbagai jenis, jadi, apa faedahnya subsidi RM500 sebulan tetapi tidak boleh memenuhi keperluan?

Mungkin terlalu keras dan sangat teorikal, tetapi apa yang pasti, setiap yang berlaku mesti ada kesannya. Sama-sama kita nantikan.

Setelah membaca LAGI dan LAGI dengan perbincangan dengan sahabat-sahabat lain, sebenarnya baru diri tahu RM500 untuk Tahun 2012. BUKAN SETIAP BULAN. Jadi, komen ini tidak memberi kesan. Terima kasih.

5) Sosial
Dan lagi dan lagi………masalah sosial yang sangat ketara dan dekat dengan diri ini adalah masalah kebejatan rasa malu dan hormat pada orang lain. Terutama dalam train. Masalah pemakaian pun sama. Dunia…..

Semoga saya, dan mereka-mereka jauh dengan kebejatan sosial seperti ini. Moga ALLAH pelihara kita, Malaysia dan seluruh dunia dengan rahmat dan kasih sayangNya. Ameenn~

Diri mahukan suasana yang sihat dan selamat. Selamat untuk dunia dan selamat untuk akhirat. Suasana amat penting untuk kita terus istiqomah dan thabat pada jalanNya. Suasana boleh mendorong kita melakukan kebaikan, jika duduk dalam suasana yang baik dan mendorong melakukan keburukan jika duduk dalam suasana yang buruk.

Suasana = enviroment = keadaan sosial.

6) Diri sendiri
Banyak perkara yang terjadi dalam bulan 11-12 ini. Alhamdulillah. Target 2012 tidak banyak. Ada yang dipotong list pada saat-saat akhir. Kira-kira tahun lain punya pencapaian. Tahun depan yang simple dan menjurus lebih pada dunia kerjaya sahaja. Dan juga dunia kepuasan aset. Haha.

Bila dah bekerjaya, dah cukup umur, mesti lah terfikir soal kahwin kan? Hehehe. Fikir dan dalam proses baiki diri. Moga ALLAH sabarkan dan tabahkan hati, mudahkan jalan untuk kami. Then, No more further comment. Hahaha

7) Kekeluargaan
Ahli keluarga Ibnu Hagzai kini semakin bertambah. Alhamdulillah. Untuk tahun depan juga setakat bulan 1-2 akan bertambah 2 orang lagi. Alhamdulillah. 1 bulan 1 orang. Oh, bulan 3 seperti akan ada kenduri lagi. Hehehe. Seronok bila semua dah besar-besar.

Baru-baru ini ke KLCC. Layan anak saudara jalan-jalan. Dapat diskaun tu part yang paling best. Hehehe. Sepanjang hari berjalan dan petangnya berendam di kolam. Tercabar rasanya bila tengok si kenit kayuh-kayuh kaki berenang, sedangkan asunya tak terkayuh. Masuk list terus untuk achievement tahun 2012 adalah pandai berenang. Hahaha

Iman juga sudah semakin besar. Kembali botak! Dan comel tetaplah remain the same. Hahaha
Bekerja kuat nak buat part time sekarang ini. Kumpul duit menyara keluarga. Hahaha.

ok. serius sangat banyak tulis. nak berhenti dulu. jika rajin, jumpa tahun ini lagi, kalau kurang masa, jumpa tahun depan ajalah. hehehe

p/s: apa kaitan tajuk dengan entry ini? maksudnya macam masak campak-campak. main letak bahan yang ada dan masak sekali. tak kisahlah jadi ke tak masakannya. ini masuk semua sekali yang ada dalam kepala, yang teringat nak tulis. ha, inilah jadinya. carca merba. haha

memang sengaja guna perkataan campur-campur. bukan tak sayang bahasa melayu, bukan juga nak buka pekung didada yang tak pandai nak bertatabahasa dengan baik, tetapi ini kes main tulis. bila terjemah macam kurang sesuai sahaja perkataan yang keluar. hahaha. lain kali akan cuba untuk tidak buat lagi. hihihi. dah salah mengaku salah ajalah, tak perlu banyak alasan.

masjid yang dulu konon-konon nak tolong tu seperti tak menjadi. sekarang nak tolong orang lain pulak lah! moga-moga kali ini jadilah. hehehe. seronok tolong orang bina masjid tau! nak tahu macam mana seronok tu, kenalah tolong sekali…yang merasa sahaja mampu bercerita. ceeehhh! hahaha

lesen P, agaknya memang untuk simpanan sahaja. tak boleh nak pamer-pamer pada cermin kereta.😦 -kalau tak mengenangkan duduk KL yang kaya dengan jam dan kedekut tempat parking, dah lama dah beli kereta satu. haiissshhh…sabar-sabar. kereta jatuh nilai, rumah naik harga.

lama tak menulis, sekali panjang berjela. nasib koranglah kne scroll mouse lama-lama dan panjang-panjang. hahaha

Zatiey J, bila mahu update cerita turkey? -saja je tulis nama awk dalam blog nie, kira balas budi sebab letak nama akak dekat blog awak- hahaha.

orang ramai cuti Cristmas ini, sunyi sahaja office. telepon pon tak bunyi sangat. tak sabar nak cuti lama!🙂

dan untuk terakhirnya…..
ilahi, anta maqsudi wa ridoka matlubi….

keypad offf~

4 thoughts on “~ masak campak-campak dan penulisan ~

  1. Sedapnya main campak-campak yerk.. kreatif dan inovatif.
    adoi kak, kawan ni dekat sebulan jadi ‘bibik’ bertaraf degree, ni dah pencen balik, jadi mungkin lah boleh sambunh balik kot. keh3

    masjid orang tolong bina, masjid sendiri? ops yer, kumpul aset dulu.. hehe

  2. resepi yang akak aja ada…memanglah SEDAP sangat…haha
    tak pe, bibik bukan sebarang bibik, bibik yang berbakti pada keluarga…:)
    jangan gopoh sangat nak dapat kerja, tapi tak bermakna tak payah usaha…isi masa dengan perkara berfaedah lagi baik..

    masjid sendiri tengah sedia bahan. nak guna bahan berkualiti, baru tahan lama kan? hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s