~ Don’t be too hurry :) ~

Dengan Nama ALLAH Maha Pemilik Hati dan Maha Memberi Rezeki.

Image

Alhamdulillah.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

 

Ala kullu nikmah wa niqmah! 

Nak tulis banyak sangat. Perjalanan sepanjang tahun 2012 (dari Jan-Mac) tetapi masa sangat tak cukup. (boleh ke?) tak apa, kita cuba.🙂

Kerja sekarang makin banyak. Walau masih sempat update facebook dan blog hari ini. Release mata bagi tajam semula untuk lihat huruf-huruf atas dokumen. Saya suka kerja saya! yeaahh~

Kita mesti bahagia untuk membahagiakan -qouted by Prof Dr Muhaya- 

Sangat setuju. Dan setiap pagi setelah kembali dari program bidadari Dunia yang ‘heaven’, hari-hari berusaha untuk bahagia. Setiap hari ingatkan diri tak mahu berfikiran negatif. Setiap pagi bangun dan puji diri sendiri. opss~ Untuk tingkatkan keyakinan diri.🙂

Bahagia itu bukan pada apa yang kita ada, tapi pada apa yang kita boleh berikan. Lagi banyak kita boleh bagi, lagi bahagia diri kita. Apa yang kita boleh bagi tak semestinya duit, harta atau barang material, tetapi yang kita sendiri ‘kaya’ dengannya, sebagai contoh kasih sayang, perhatian, senyuman. Yang semuanya, insyaALLAH mudah dilakukan. Jadi sekarang, saya mahu memberikan SEBANYAK-BANYAK kasih sayang dan senyuman. Jom sama-sama.

Lagi point penting yang sangat-sangat saya cuba lakukan setiap hari adalah untuk memaafkan setiap orang sebelum tidur. Ya, saya nak maafkan SEMUA orang. Dan, meminta maaf dengan yang buat salah sekali lah kan. 

Bagi ‘anda’ yang sengaja buat saya dan keluarga saya marah, saya dah maafkan. Sudah tidak ada lagi kegeraman dan kesakitan hati pada ‘anda’. Masalah ‘anda’ dengan saya, sudah tiada, tetapi dengan setiap ahli kelurga saya, saya tak tahu. Minta maaf sendiri ok?🙂 Sebab ia jauh dari bidang kuasa saya. 

Oh~ saya juga nak mengucapkan terima kasih pada ‘anda’, mungkin niat ‘anda’ untuk menyakiti saya, dan pada mulanya ‘anda’ berjaya, tetapi selepas itu, saya menjadi lebih kuat dan sangat optimis! Dan saya bahagia dengan kekuatan yang ALLAH berikan pada saya melalui ‘anda’. Terima kasih tau.🙂

Saya sangat yakin yang ‘anda’ membaca blog saya dalam diam. Walau apa pun terjadi, saya tetap doakan ‘anda’ beroleh ketengan yang ‘anda’ cari, dan moga ALLAH limpahkan banyak-banyak nikmat kepada ‘anda’ dan semoga anda tidak lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat tersebut.

‘Anda’, ‘anda’, andai saya ada salah sebelum ini, sy juga minta juga. Maafkan saya yea. Kita sama-sama baiki diri, Pass is Pass. 

Saya tak mahu ada sakit-sakit pada hati, Tak mahu juga sakit hati lagilah tak mahu menyakitkan hati. Sebab, hati ini organ paling penting. Saya nak jaga ia betul-betul. ‘anda’ dan anda-anda  yang lain, jom bantu saya dan bantu diri sendiri.🙂 Jaga hati dan hiasi peribadi.

 

.

.

.

p/s: i’m looking for SOLENA, ada tak? kalau ada nanti email ye…Terima kasih. Hehehe

p/ss: Gambar kat atas tu tak adalah bermakna sangat, tetapi TERLALU bermakna bagi yang memahami. Pada mereka yang kata saya memilih, saya mengaku sebab mestilah kena pilih baik-baik. Tak kan nak main rembat sahaja kan? Ingat macam beli ikan kat pasar? Beli ikan pun pilih yang segar-segar. Inikan pula ayah untuk permata-permata Islam. Laaagi kena pilih. Cuma taklah cerewet. Kena bezakan betul-betul ok.🙂 -saya cuma mahu seseorng yang mahu menuju TUHAN, dan tak lokek dengan senyuman. 

p/sss: Kesalahan membuat keputusan memang akan boleh memberi kesan. Cuma, pastikan kesalahan sama tidak berulang. Kesalahan dan kesilapan itulah yang membungakan kehidupan dan mematangkan tindakan. InsyaALLAH, ALLAH knows best!

dan saya tahu, ALLAH sayang saya sangat-sangat. Dan saya nak balas kembali kasih sayang ALLAH pada saya, dengan jadi HambaNYA yang baik, eh, paling baik! Usaha itu perlu dan positif selalu. 

p/sss: kita adalah apa yang kita fikirkan, kita juga adalah apa yang kita lakukan. Kuasa minda~

p/sss: Akhirnya, ada juga entry! Alhamdulillah. Jom, back to work dengan senyuman penuh keikhlasan. ^_____________^ hehehe

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s