~ sumbangan atau menyumbangkan? ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Agung. Tiada yang layak disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu Rasulullah!

ALLAH…

Malu.
Segan.
Dengan diri.
Dengan Tuhan.

Panjang sudah umur ini. Betapa banyak oksigen yang disedut. Berapa liter air yang diteguk, tetapi berapa banyak sumbangan yang di lakukan? Berapa titis air mata yang keluar kerana takutkan TUHAN?

Menyumbangkah?

::Kalau tidak memberi nilai tambah pada dunia, kita hanya jadi bahan tambahan. Yang Menyemak!::

Bagaimana dengan tarbiyah? bagaimana dengan dakwah?

Kan ramadhan adalah sekolah jiwa. Berbuat baik tidak akan pernah terlambat. Tiada istilah terlewat untuk berubah. Berubahlah dan mengubahlah.

Dan, kerana ALLAH lah. Sedang tenaga masih ada, daya masih upaya, tulang masih berkalsium, mata masih melihat, lakukanlah kebaikan.

Baiki dirimu dan ajaklah yang lain.

Jiwa-jiwa yang kuat adalah jiwa-jiwa yang menagis pada 1/3 malam. Carilah jiwa itu aini! Carilah…….

.
.
.
.

Orang yang sombong ibarat burung yang terbang. Ketika mana semakin meninggi, semakin kecil ia di mata manusia.

Sabarlah.
Mahallah!
Kelak tak kan pernah rugi.
Dan Imanilah!

18 Ramadhan 1432

Advertisements

~ ramadhan fasa 2, fasa pengampunan ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Adil dan Saksama.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Wah! Sudah sampai separuh ramadhan sudah. Sekejapnya masa berlalu. Maknanya, tidak lama lagi, ramadhan akan berakhir, oh~

Fasa pertama, fasa rahmat sudah habis, sekarang pertengahan fasa ke dua iaitu fasa pengampunan. Jom, minta ampun banyak-banyak, solat taubat banyak-banyak. 🙂

Minggu lepas berkesempatan berbuka di masjid Negara sekali dengan terawikh. subhanaALLAH. Seronok sangat. Solat terawikh berimamkan dengan imam dari mesir tetapi kurang pasti siapakah namanya. 1 rakaat 1 maqra’. Syeikh sangat tadabur dengan ayat yang dibacanya. Serius tak rasa lama, tetapi hanya boleh buat sampai 8, perlu kejar balik kerumah pula, lambat habis nanti lambat balik, kurang bagus disitu, tambahan tiada lelaki yang ada sekali. 🙂

Malam semalam di masjid asyakirin KLCC. Berbuka dengan ramai orang. Jumpa kenalan baru. Seronok.

Terasa juga meriahnya ramadhan di Malaysia selain dari bazaar ramadhan.

Berita gembira! Alhamdulillah, saya sudah mendapat anak saudara yang ke-6 pada ahad lepas. Lelaki. Belum ada nama lagi. Sekarang berada di wad, baby kurang sihat. Doakan baby yang comel ini sihat dan cergas. Membesar dengan baik. bila dah besar jadi pejuang Islam yang hebat!

Akak, alhamdilillah sihat dan sudah boleh keluar hospital, tetapi pilih untuk duduk sekali dengan babynya di hospital. Wan pun belum dapat tengok baby lagi. Hujung minggu nie nak balik ke kampong, jenguk baby dan umi baby dengan wan baby, dengan mak cik-mak cik baby, dengan sepupu-sepupu baby baru. Haha.

Malam ni rancang ke masjid Negara. Oh~ hari ini nuzul quran. Peristiwa besar dalam ramadhan. Quran yang menjadi panduan kita. Hari ini sudah baca quran? sudah tadabbur ayat? Sudah ulang bacaan? 🙂

.
.
.

p/s: orang kata, kalu nak cari sahabat, carilah dekat masjid. Kalau nak cari jodoh pon boleh, dan malam tadi saya terlihat dia. Apakah? Hahaha –saja layan mereng-

nuzul quran, banyak negeri cuti, tetapi kenapa KL tak cuti? Sunyi je hari ini kat ofis. So bored!

Lagu-lagu raya sudah berkumandang, betul-betul tak ada feeling nak raya. Belum puaslah dengan ramadhan kali ini.

ALLAH bagi cuti, ambik sahajalah, dah itu fitrah.:)

Makin lama makin mengarut sahaja sepertinya. Hmmmm~

~ ramadhan bulan tarbiyah ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Perancang dengan sebaik-baik Perancangan
.
.
.
.ramdhan 2007, pertama kali datang
terus ada juga pada ramadhan 2008
.
.
.pada tahun 2009, bulan sya’ban, tetapi sepanjang ramadhan kurang ‘tenang’ memikirkannya…

tahun 2010, ini datang dengan serius, tetapi tidaklah sangat sebenarnya rupanya. Acah-acah sahaja.

kini, tahun ini 2011, ia datang lagi…cuma kali ini bukan 1, tetapi 3!

memang dipilih atau terpilih bulan ini sahaja kah?

mungkin sebab suruh selalu bangun tahajud setiap malam kot. 🙂

terima kasih ya ALLAH. moga ku tak leka.
ilhamku dengan sebenar-benar jalan.
mudahkanku.

p/s: jauh-jauhlah, saya mahu bernafas. terima kasih kerana memahami.

~ cerita-cerita ramadhan :) ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Ramadhan di Malaysia (1996-2008)

Malam menunggu pengunguman puasa, semua keluarga pasang telinga. Duduk termagu menunggu berita. Oh! Esok puasa, bergegas ke masjid buat solat terawikh. Masjid mula penuh. Dengan anak-anak dan bapa-bapa, serta ibu-ibu.

Pesta pasar ramdhan subhanaALLAH. Masa inilah syurga makanan berlaku. Semua jenis makanan ada di pasar. Beli dan order sahaja. Yang liat-liat ke dapur juga menjadi rajin. Berbuka bersama keluarga. Makan sampai keras perut. Mulalah lambat solat maghrib.

Oh~ ini golongan segelintir sahaja. Rata-rata rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan baik dan tak suka lewatkan solat.

Selesai tarawikh 8,11, atau 21, mesti ada moreh. Siap ada giliran untuk menyediakan dan bawa ke masjid jamu pada jemaah. Sangat bersifat kejiranan dan ke’ukhuwah’an.

Pengalaman berpuasa di Jordan (2008).

Berbuka pertama di Jordan, ustaz fared belanja makan makanan arab. Makan di doi3ah. Mula dan kali pertama makan maqlubah dah terjatuh cinta. Banyak makan. Walau sebelum itu ustaz ada bagi semua orang emosi dengan Tanya apalah mak ayah kita makan kat Malaysia kan? Masa itu dahla baru sampai beberapa jam. Dah sebut-sebut keluarga kat Malaysia. Mahunya tak bergenang air mata. Sayu beb~

Terkenang pula sebelum terbang, mak masak. Mak masak tomyam yang SANGAT sedap dan banyak. Mana nak banding tomyam dengan maqlubah yang belum rasa masa itu kan? Sampai sekarang pun tak boleh banding.

Paling suka kinafah, sejenis manisan yang sangat manis. Bulan puasa juga ada Cuma, terasa istimewa bila makan bila berbuka. Kelas pada bulan puasa menjadi pendek. Dari kelas 1 jam setengah menjadi 1 jam sahaja, kelas 1 jam menjadi 45 minit. Balik awal. Sempatlah masak-masak. Berbuka ramai-ramai.

Mula-mula belajar berpuasa di luar Negara. Teruja juga. Mulalah belajar masak macam-macam. Dari tak pandai, tengoklah internet ambil resepi. Sedap number dua, janji cuba masak. Duduk bilik dua orang, jadi kurang meriah makan berdua sahaja, jadi kami bergabung dengan bilik lain untuk berbuka. Bawa makanan masing-masing. Makan ramai-ramai. Kemudian turun surau solat maghrib dan terus ke masjid. Jalan ramai-ramai.

Sampai-sampai jarang masjid kosong. Selalu arab-arab dah penuhkan masjid dulu. Sebab mereka berbuka dalam masjid. Solat dengan isyak dan terawikh. Berimamkan syeikh ma’mun. SubhanALLAH. 1 rakaat 1 muka. Siap boleh pegang quran semak bacaan dan baca sama-sama dengan syeikh. Sungguh 21 tak rasa lama. Merdunya suara syeikh. Setiap 4 rakaat, ada sahaja qohwah (kopi)arab yang pahit yang sangat sedap dan panas itu berjalan untuk diminum. Sedapnya!

Pernah dijemput oleh orang arab berbuka dirumahnya. Dia siap sediakan coaster(bus kecil) untuk jemput kami kerumahnya. Makan maqlubah selain di doi3ah. SEDAP dan banyak sangat makan.

Masa sahur. Selalulah tertipu. Sebab mamai. Di Jordan akan ada azan 2 kali. Pertama untuk kejut sahur. Kedua tanda solat subuh. Pernah sahaja azan sahur dirasakan azan subuh, jadi tak makanlah dah. Tiba-tiba terdengar azan sekali lagi. Menyesal. Padan muka sebab tak alert. Dah kena solat subuh semula. Haha

Pernah juga ingatkan azan yang didengar itu untuk kejut sahur, rupanya azan subuh. Selamat! Tapi ini Cuma sekalilah. Haha –pengalaman-

Puasa di Mesir (2009)

Datang ziarah ke Mesir selama 1 bulan. 2 minggu sebelum puasa. Sempatlah jalan-jalan ke mesir. Jalan ke tempat jauh-jauh dulu. 2 minggu terakhir sempatlah berpuasa disana. Disebabkan musafir, jadi budget juga semakin berkurang. Dapatlah makan murtabak masa berbuka. (mahal sangat dirasakan masa itu). Ada juga berbuka dan bersahur dengan meggi. Asalkan perut berisi, sudah cukup. Alhamdulillah.

Musim ramadhan kelas talaqi tiada melainkan dengan Syeikh Nuruddin Albanjari. Kadang-kadang berbuka dirumah sana, di sabi’, kadang-kadang berbuka dirumah, makan cepat-cepat untuk sempat sampai. Terawikh dirumah kelas. (lupa rumah negeri mana. Rumah kedah kot). Bila jalan nak tunggu bus kena jalan jinjit-jinjit supaya kaki tak terkena air yang bertakung dijalanan. Mereka kata air kumbahan.

Pernah juga berbuka dirumah Syiekh disana. Kawan @ musrif ajak. Siap dapat ‘duit raya’. Alhamdulillah. Makanan Malaysia memang HEAVEN dekat mesir. Bahan-bahan juga semuanya ada. Sampaikan bawa balik kangkung ke Jordan! Ini memang lawak! Bawa balik tempe juga. Ada juga bawa balik tepung pulut. Memang bab kurang bahan tak ada di mesir agaknya, sebab tulah boleh makan makanan Malaysia selalu. Cukup bahan. 🙂

Pernah juga berbuka di masjid. Meriah juga. Oh~ dalam jalan-jalan ziarah kota cairo, ada juga berbuka dalam perjalanan. Makan direstoren arab. Senyum sahaja yang mampu. Raikan budaya mereka. 🙂

Puasa di Syam (Syiria) 2010.

Paling seronok. Ada giliran masak. Berbuka ramai-ramai. Masak awal-awal. Bila 10 minit sebelum berbuka mesti kena siap masak. Boleh dengar tazkirah pendek. Walau sepotong hadis atau cerita iktibar. Azan sahaja minum air dan kurma. Solat maghrib. Dan sambung makan. –kesedaran sebab selalu lewat sampai masjid untuk solat sebab makan lama- Siap-siap untuk ke masjid. Masa makan mesti bincang masjid mana yang hendak dituju. Matlamat kami, 1 malam 1 masjid. Bertukar-tukar masjid. Rindu sangat masa ini.

Terawikh pertama di masjid umawi, kedua di nabulsi, masjid sukkar, masjid hajabiah, masjid yang sampai tak ingat nama sebab banyak sangat. Berimamkan syiekh-syeikh kabir. Setiap 500 meter ada masjid dan bagusnya semuanya hidup dengan jemaah dan solat. subhanALLAH.

Masa ini juga kami berlumba-lumba khatam quran. Sempat sekali sahaja. Jeles pada dia yang sempat dua kali. Masa ini juga tahsin bacaan dengan Anisah (guru quran). Untuk berjumpa dengan Syeikh Kuraim. Alhamdulillah. Lulus.

Balik terawikh mesti singgah pasar bawah kawasan rumah. Rumah duduk dikawasan berbukit. Beli buah. Tahun itu puasa jatuh musim panas, jadi buah anggur sangat banyak. Besar-besar. Manis-manis. Murah-murah. 1 malam 1 kilo. Memang sangat sedap.

Oh~ di syam, orangnya sangat suka bersedekah. Balik-balik kelas, tiba-tiba ada orang tahan, nak bagi roti. Setiap hari pula tu. Sampai tak termakan orang yang perut nasi macam kami-kami ini. Mujur tahu buat pudding roti. Hehe. Tapi sekali sahaja jadinya. Tapi pernah juga jalan lambat-lambat suapay dia tahan dan bagi roti. Haha. Lawak-lawak.

Puasa di Malaysia 2011

Balik kerja jam 5.30. diawalkan yang sebelum ini 6.15. sampai rumah memang ngam-ngam waktu berbuka. Kadang-kadang beli kat pasar. Setakat ini baru sekali berkesempatan masak dirumah. Oh~ wanita bekerjaya namanya. Hahaha –susah hati –

Berbuka dengan keluarga. Meriah dengan memek muka buda-budak berpuasa yang tengah waktu kritikal duduk depan makanan. Bila berbuka, kiri kanan penuh dengan makanan. Semua mahu sumbat. 1 jag air sekejap sahaja habis. Lutfil hadi punya laku. Ikut perangai kecik-kecik siapalah tu. Harap bukan asu! Hahaha –tipu-tipu-

Terawikh setakat ini hanya di surau desa sahaja. Belum keluar dari desa. Dan pernah juga tak kesana. Buat sendiri, konon-konon mahu ulang bacaan, ternyata hafazan sangatlah teruk! 😦

Ini adalah cerita-cerita rindu. Tiada kena mengena dengan yang lain. Cuma terkena pada mereka yang secara tak langsung termasuk dalam peristiwa ini.

Tarbiyah itu mesti berterusan, bukan sekerat-kerat. Kerana nak mulakan bukan perkara yang mudah.

Dan tidak pernah ada pengakhiran pada permulaan untuk perubahan. Perubahan dituntut setiap hari. Berubahlah kepada kebaikan wahai diri.

Lain tempat lain belalang, tetapi setiap belalang makan daun juga. Lain orang lain budaya, tetapi semuanya HambaNYA juga.

Tak kisah dimana dan kemana, yang penting, bagaimana kita aplikasikan kebaikkan yang ada.

.
.
.
p/s: rindu pada suara merdu syiekh ma’mun. rindu pada bau qohwah arobi, rindu pada khusyuk syeikh nabulsi dan tegasnya syiekh kuraim.

Rindu itu tak sama seperti rindu nak makan tomyam di Malaysia. Tak sama langsung. Rindu nak makan tomyam kat Jordan boleh buat walau dengan kiub sahaja, tetapijuga boleh rasa, tetapi rindu dengan SYAM tak boleh nak cuba-cuba, memang kekal rindu. Rindu sangat.

sudah seminggu ramadhan….

8/8/2011

~ senyum sampai telinga~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Segalanya

ALhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Syooooooooooooook sangat! cuti raya sudah di approve. 26 Ogos 2011 sampai 7 september 2011. waaa~ sangat sakan nak beraya kan? hahaha

Ambil cuti hanya 3 hari tetapi dapat cuti sampai 10 hari. HEAVEN!

Nikamt sihat hanya dirasai oleh orang sakit, nikmat bercuti hanya dirasaai oleh orang yang bekerja. ALhamdulillah.

Semangat nak siapkan stock screening ni banyak-banyak. Senyum saja sambil buat kerja. Amboilah aini kan?

ok-ok jom kerja dengan semangat dan senyum sampai telinga.

.
.
.
p/s: aini bukan seronok nak sambut raya, tapi lebih seronok sebab dapat cuti lama. Raya number dua.

Eh, ramadhan dah 4 harilah, cepatnya masa berlalu. moga semangat ramdhan terus mekar sampai ramdhan tahun depan datang dan teruuuuuuuuuuus tak pudar-pudar. ok aini?

time lunch hour sempat lagi update blog yea? oh~ nak kongsi rasa gembira bersama-sama 🙂

~ semangat, semangat teruslah bersemangat! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengampun.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Selamat memasuki bulan tarbiyah. Tarbiyah ramadhan al Mubarak. Ramadhan kareem. ALLAHu akram!

Semangat sungguh berada dalam bulan ramdhan ini. Moga semangatnya terus berkobar-kobar dan menyala terang!

Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan lepas dan ramadhan kali ini menjadi titik tolak perubahan yang baik secara berterusan.

Misi ramadhan kali ini seperti tahun lepas juga. Mesti sama atau lebih lagi. Moga ALLAH mudahkan dan ringankan diri ini untuk melakukannya. Ammeeeennn~

Cerita-cerita hujung minggu.

Sepanjang minggu yang agak sibuk. Hujung minggu berkesempatan pulang ke kampung. 🙂 -senyum lebar-

Alhamdulillah, tahun ini durian SANGAT menjadi di kampung. Semua pokok ada buahnya. Semua rumah yang ada pokok durian ada durian berbuah di pokok tersebut. Setiap kali pergi tengok durian gugur mesti jumpa. SERONOK SANGAT.

Teringat masa kecil-kecil dulu, tak mahu tidur sebab nanti pagi-pagi nak ikut aki pergi kutip durian, boleh kutip banyak-banyak kalu pergi waktu pagi, tetapi entah bila tersedar hari pun sudah siang. Pergi ke dapur, dah terkumpul durian yang aki kutip. Mulalah sedih. hahaha, kenangan masa kecil.

Pagi sabtu konon-konon nak bangun pagi untuk ikut mak ke kebun cari durian, tetapi entah bila tertidur dan tersedar bising dan mak pun dah balik dari kutip durian. Teruk sungguh! tidur mati. hahaha -jatuh saham kot!-

Sarapan pagi dengan durian. Banyak juga dimakan. Sedap.
Tengahari makn durian lagi. Banyak yang dimakan. Sedap.
Bila petang-petang, ke dapur buka durian. Makan banyak. Sedap.

Hari sabtu Hidayah dan Aarof datang kerumah. Wa!~ sangat teruja sebab perut dhayah sudah buncit. opss~ Buncit sebab ada baby. hehehe. tapi, dayah tak bagi pegang 😦 segan katanya. ok, hormatilah kehendak ibu mengandung kan? hehe. tak lama lagi bulan 11 dayah akan jadi mak, ibu, umi, mama, mummy, amma, ma untuk anaknya. SANGAT TERUJA!

Hari ahad pulang ke KL dan singgah dirumah wan kat sungei wang. Makan masakan wan sampai tak boleh berhenti. Sedap. Selera sangat. sedar-sedar orang lain semua dah berhenti. Makan sangat banyak. -jatuh lagilah saham!- hahaha

Timbang-timbang, badan naik lagi. Hahahaha. Bahagia sangat! 🙂

Balik berkejar-kejar mangrib dan isyak, kemudian tarawikh di surau. Pertama kali berpuasa di KL. Suasananya sudah terasa hangatnya. 🙂 -Moga sampai akhir ramadhan dan kekal sepanjang masa. Rasa semangat untuk beribadah. Ramadhan adalah sekolah terbaik untuk melakukan perubahan kepada kebaikan.

Dan hari 31 Ogos nanti kita akan merayakan 2 hari kemerdekaan. Merdeka negara dan merdeka jiwa. Moga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa. Merdeka dengan rasa penuh kehambaan padaNYA. Ameeenn~

Pesan ustaz Nasa, Jangan tinggal tarawikh! Jangan tinggal tarawikh! Jangan tinggal tarawikh!

AL-quran bagi khatam paling kurang 1 kali dalam bulan ini. Memanglah macam tak sempat, tetapi tak mustahil. Dulu boleh, sekarang mesti lebih lagikan aini? 🙂

Lagu (baca:zikir) yang paling sangat sukai semasa belajar di Syam dahulu – Ya zal juudi wal ihsan, narju’ afwaka wal ghufraan- ::dibaca mengikut intonasi yang diajar, diamalkan setiap kali lepas solat terawikh dengan bacaan ramai-ramai:: zouq sangat!

Ramadhan itu bukan meriah mengikut tempat, tetapi bagaimana hati menghayati keberkatan yang ada dalamnya.

Walau suasana ramadhan kali ini sudah berbeza dengan sebelumnya, tetapi tak mengapa, keberkatannya tetap sama, malah boleh dapat lebih jika lebih bersungguh!

Walau tak solat banyak masjid macam di Syam, tak mengapa, janji masih tunaikan solat terawikh berjemaah.

Walau dah tiada ‘si pengejut sahur’ seperti di Syam, tak mengapa, jam locengkan ada, masih boleh bangun sahur. hahaha

ok! cukup-cukup. Banyak lagi masa untuk difaedahkan pada yang LEBIH faedah!

last! Selamat berpuasa dan semoga puasa ini menjadi medan perubahan yang positif ya! Jom berubah kepada kebaikan. Salam ramadhan Kareeem.

.
.
.
.
p/s-Bulan puasa boleh balik 5.30. Alhamdulullah, masih awal dari 6.15 kan.
terbelih makn durian sampai jadi pening. Makan tak ingat dunia kan?
Lama sangat tak makan manggis, macam terlupa rasa manggis macam mana. oh~ Nak manggis..:(
Puasalah aini!!! asyik ingat buah sahaja.

~ because I of love you lah! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencipa Setiap Sesuatu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Semangat menulis hari ini. Dua entry untuk satu hari. Atau mungkin tiga? haha.

Malam semalam berpeluang menonton cerita tahajjud cinta. Cerita ‘fenomena’ baru di Malaysia. Cinta islamik sepertinya. Bukanlah mengikuti setiap drama yang ada, cuma untuk cerita ini, memang ada daya penarik yang sangat menarik sehingga membuatkan diri tertarik. Merepek.

Video promosi cerita ini membuatkan diri teruja kerana memaparkan latar tempat di Jordan. Baca sinopsis cerita itu membuatkan diri terasa ingin menonton. Episod pertama tidak ditonton, kedua juga tidak. Terus menonton episod ketiga.

Jadi, dengan perasaan teruja yang ada, terusla membuat akaun di tonton.my untuk menonton cerita ini. Semangat kerana mahu lihat Jordan. Rindu sangat. Teruja bila menunjukkan beberapa latar yang ada disana.

Kebetulan minggu lepas semasa episod ke dua, kakak menanyakan sejarah petra. latar yang ada disana. Semangat jugalah bercerita dan memberi peringatan dan iktibar dari kisah petra tersebut.

tahniah juga kepada Eirma Fatima kerana berjaya mengarah cerita yang bergenre Islamik. Alhamdulillah, masih ramai yang jiwa-jiwa mereka ketandusan Islam yang sebenar. Ingin melihat kehidupan sebenar pelajar di timur tengah, budaya mereka.

Dalam cerita ini, diri tidaklah meletakkan ‘high expectation’. Treller juga sudah tahu akan ada isu. Isu yang timbul dalam diri ini. Mengapa ada slot itu? Seperti tidak sesuai sahaja.

Selesai menonton cerita itu, episod satu dan dua, diri termenung. Panjang. Terasa ada juga kenangan di Jordan muncul. Tetapi kurang puas hati. Diulang untuk kali kedua untuk dua episod itu. Kecewa. Sedih.

Cuba berbaik sangka, mungkin moral yang ingin diketengahkan belum sampai maksudnya, tetapi tetap juga rasa terpanggil untuk meluahkan kesedihan yang ada. Bagi mereka yang biasa-biasa mungkin tidak melihat keganjilan dari drama tersebut. Kerana konsep islamik yang diketengahkan sudah mengaburi mata yang melihat.

Diri bercakap bukan atas dasar atau nama Ustazah, tetapi sebagai penonton yang sedikit sensitif. Memanglah Ustaz dan ustazah pun buat silap, tetapi tak salah kalau kita jaga aib mereka. Malah cerita dan sesetengah babak dalam cerita tersebut seperti menyatakan bahawa ustaz dan ustazah ‘slumber’ melakukannya.

BUdaya hidup yang diketengahkan sememangnya tidak sama dengan realiti yang ada disana. Mungkin selepas ini pihak berwajib perlu memberikan sedikit atau lebih teliti mengenai budaya yang ada.

Sepanjang pengajian saya disana, belum sampai ke pengetahuan yang ada pelajar yang berjalan-jalan dengan bilangan sama rata. Sama banyak lelaki dan perempuan. Malah dalam kumpulan yang kecil. Kemudian berpecah untuk ‘berbincang’ sesama mereka. Setakat ini saya belum pernah tahu. Jadi apa yang dipertontonkan seperti menyatakan mereka biasa melakukan hal tersebut.

Adegan duduk berdua di unggun api pada waktu malam, berdua berjalan-jalan, berpegang tangan, dan MEMBUKA NIQOB. Terkejut rasanya melihat adegan itu. Memang dinayatakan yang beliau tidak sengaja, tetapi impaknya kepada masyarakat agak besar bagi saya.

Watak Ustaz Sauki beristeri empat dan tidak adil dalam giliran. Membawa imej buruk kepada poligami.
Ustaz yang berkat. dan bla bla bla…

Bila dialog “ala, Ustaz pun buat macam tu”, terkeluar dari benak masyarakat, ini menunjukkan bahawa tiada lagi golongan yang boleh diteladani. Tidak dinafikan ada juga ustaz dan ustazah yang melakukan kesalahan termasuk diri sendiri, tetapi tidak seharusnya dijadikan atau ditontonkan kepada masyarakat. Kita insan biasa yang memang tidak mampu mengetahui setiap apa yang terdetik dalam hati manusia.

Mungkin kelihatan emosi. tetapi begitulah yang dirasai. Bukan Ustaz dan Ustazah disana tidak langsung berinteraksi sesama mereka, tetapi jelaskan nilai-niali dan panduan yang mereka gunakan. Serlahkan secara baik budaya hidup mereka. Mungkin secara tidak sengaja boleh memberi kesan yang positif kepada Malaysia umumnya.

Oh, saya juga bukanlah Ustazah pilihan yang paling sesuai untuk memberi respon kepada hal ini. Saya juga bukanlah bersih dari dosa. Cuma sekurang-kurangnya sentiasa cuba membaiki diri dan dengan cara saya menulis ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya bila menulis ini membuatkan saya sendiri akn berhati-hati untuk tidak lagi melakukan perkara yang sama. Bertaubat.

Bagi mereka yang berkecil hati dengan tulisan ini, saya minta maaf. Bagi yang berpendapat “ala yang tulis ini juga bukan baik sangat” saya mengaku, memang saya bukan baik mana, tetapi anda pula bagaimana? Jomlah kita sama-sama baiki diri. ALLAH tak pandang hasil tetapi pandang usaha kita. Daya kita dan semnagat kita.

Bagi mereka yang terasa dengan cerita itu, Jom sama-sama kita buktikan bahawa itu bukan budaya pelajar disana. Kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita lebih baik dan sentiasa mahu memperbaiki diri kerana ALLAH Swt.

Sesungguhnya cerita itu membuat diri termenung. Dan teringat tentang Sabda Nabi SAW “sesungguhnya Islam itu datang dengan dagang dan akan menjadi dagang” (dagang:asing) Untunglah mereka yang dagang itu. -au kama qola-

Dan sehingga tak tahu rasa apa yang dominan sekarang kerana semua rasa bercampur baur.

Ilahi, anta maqsudi, waridoka matlubi.

.
.
.
.
.

.

.
.
.
.

p/s: Sangat lama untuk siapkan artikel ini. Tetapi gagahkan juga. Bimbang.
Sungguh iman makin lemah kerana buat baik pun rasa risau kan? oh~~~~~~~~~

Saya rindu Syam. Rindu rutin hidup disana. Mungkin sebab itu saya terpanggil untuk bercerita kisah ini kot. Rutin yang aman dan teratur. Hidup yang suasana dan biah solehah. Memanglah ada nakal-nakal, kira seperti garam dalam masakan.

Salah yang dulu moga ALLAH ampunkan. Sesungguhnya ALLAH Maha pengampun. ALLAH!

Dah tak jadi 2 entry 1 hari sebab dah pukul 12 tengah malam.