~ ramadhan bulan tarbiyah ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Perancang dengan sebaik-baik Perancangan
.
.
.
.ramdhan 2007, pertama kali datang
terus ada juga pada ramadhan 2008
.
.
.pada tahun 2009, bulan sya’ban, tetapi sepanjang ramadhan kurang ‘tenang’ memikirkannya…

tahun 2010, ini datang dengan serius, tetapi tidaklah sangat sebenarnya rupanya. Acah-acah sahaja.

kini, tahun ini 2011, ia datang lagi…cuma kali ini bukan 1, tetapi 3!

memang dipilih atau terpilih bulan ini sahaja kah?

mungkin sebab suruh selalu bangun tahajud setiap malam kot. 🙂

terima kasih ya ALLAH. moga ku tak leka.
ilhamku dengan sebenar-benar jalan.
mudahkanku.

p/s: jauh-jauhlah, saya mahu bernafas. terima kasih kerana memahami.

~ semangat, semangat teruslah bersemangat! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengampun.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Selamat memasuki bulan tarbiyah. Tarbiyah ramadhan al Mubarak. Ramadhan kareem. ALLAHu akram!

Semangat sungguh berada dalam bulan ramdhan ini. Moga semangatnya terus berkobar-kobar dan menyala terang!

Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan lepas dan ramadhan kali ini menjadi titik tolak perubahan yang baik secara berterusan.

Misi ramadhan kali ini seperti tahun lepas juga. Mesti sama atau lebih lagi. Moga ALLAH mudahkan dan ringankan diri ini untuk melakukannya. Ammeeeennn~

Cerita-cerita hujung minggu.

Sepanjang minggu yang agak sibuk. Hujung minggu berkesempatan pulang ke kampung. 🙂 -senyum lebar-

Alhamdulillah, tahun ini durian SANGAT menjadi di kampung. Semua pokok ada buahnya. Semua rumah yang ada pokok durian ada durian berbuah di pokok tersebut. Setiap kali pergi tengok durian gugur mesti jumpa. SERONOK SANGAT.

Teringat masa kecil-kecil dulu, tak mahu tidur sebab nanti pagi-pagi nak ikut aki pergi kutip durian, boleh kutip banyak-banyak kalu pergi waktu pagi, tetapi entah bila tersedar hari pun sudah siang. Pergi ke dapur, dah terkumpul durian yang aki kutip. Mulalah sedih. hahaha, kenangan masa kecil.

Pagi sabtu konon-konon nak bangun pagi untuk ikut mak ke kebun cari durian, tetapi entah bila tertidur dan tersedar bising dan mak pun dah balik dari kutip durian. Teruk sungguh! tidur mati. hahaha -jatuh saham kot!-

Sarapan pagi dengan durian. Banyak juga dimakan. Sedap.
Tengahari makn durian lagi. Banyak yang dimakan. Sedap.
Bila petang-petang, ke dapur buka durian. Makan banyak. Sedap.

Hari sabtu Hidayah dan Aarof datang kerumah. Wa!~ sangat teruja sebab perut dhayah sudah buncit. opss~ Buncit sebab ada baby. hehehe. tapi, dayah tak bagi pegang 😦 segan katanya. ok, hormatilah kehendak ibu mengandung kan? hehe. tak lama lagi bulan 11 dayah akan jadi mak, ibu, umi, mama, mummy, amma, ma untuk anaknya. SANGAT TERUJA!

Hari ahad pulang ke KL dan singgah dirumah wan kat sungei wang. Makan masakan wan sampai tak boleh berhenti. Sedap. Selera sangat. sedar-sedar orang lain semua dah berhenti. Makan sangat banyak. -jatuh lagilah saham!- hahaha

Timbang-timbang, badan naik lagi. Hahahaha. Bahagia sangat! 🙂

Balik berkejar-kejar mangrib dan isyak, kemudian tarawikh di surau. Pertama kali berpuasa di KL. Suasananya sudah terasa hangatnya. 🙂 -Moga sampai akhir ramadhan dan kekal sepanjang masa. Rasa semangat untuk beribadah. Ramadhan adalah sekolah terbaik untuk melakukan perubahan kepada kebaikan.

Dan hari 31 Ogos nanti kita akan merayakan 2 hari kemerdekaan. Merdeka negara dan merdeka jiwa. Moga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa. Merdeka dengan rasa penuh kehambaan padaNYA. Ameeenn~

Pesan ustaz Nasa, Jangan tinggal tarawikh! Jangan tinggal tarawikh! Jangan tinggal tarawikh!

AL-quran bagi khatam paling kurang 1 kali dalam bulan ini. Memanglah macam tak sempat, tetapi tak mustahil. Dulu boleh, sekarang mesti lebih lagikan aini? 🙂

Lagu (baca:zikir) yang paling sangat sukai semasa belajar di Syam dahulu – Ya zal juudi wal ihsan, narju’ afwaka wal ghufraan- ::dibaca mengikut intonasi yang diajar, diamalkan setiap kali lepas solat terawikh dengan bacaan ramai-ramai:: zouq sangat!

Ramadhan itu bukan meriah mengikut tempat, tetapi bagaimana hati menghayati keberkatan yang ada dalamnya.

Walau suasana ramadhan kali ini sudah berbeza dengan sebelumnya, tetapi tak mengapa, keberkatannya tetap sama, malah boleh dapat lebih jika lebih bersungguh!

Walau tak solat banyak masjid macam di Syam, tak mengapa, janji masih tunaikan solat terawikh berjemaah.

Walau dah tiada ‘si pengejut sahur’ seperti di Syam, tak mengapa, jam locengkan ada, masih boleh bangun sahur. hahaha

ok! cukup-cukup. Banyak lagi masa untuk difaedahkan pada yang LEBIH faedah!

last! Selamat berpuasa dan semoga puasa ini menjadi medan perubahan yang positif ya! Jom berubah kepada kebaikan. Salam ramadhan Kareeem.

.
.
.
.
p/s-Bulan puasa boleh balik 5.30. Alhamdulullah, masih awal dari 6.15 kan.
terbelih makn durian sampai jadi pening. Makan tak ingat dunia kan?
Lama sangat tak makan manggis, macam terlupa rasa manggis macam mana. oh~ Nak manggis..:(
Puasalah aini!!! asyik ingat buah sahaja.

~ because I of love you lah! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencipa Setiap Sesuatu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Semangat menulis hari ini. Dua entry untuk satu hari. Atau mungkin tiga? haha.

Malam semalam berpeluang menonton cerita tahajjud cinta. Cerita ‘fenomena’ baru di Malaysia. Cinta islamik sepertinya. Bukanlah mengikuti setiap drama yang ada, cuma untuk cerita ini, memang ada daya penarik yang sangat menarik sehingga membuatkan diri tertarik. Merepek.

Video promosi cerita ini membuatkan diri teruja kerana memaparkan latar tempat di Jordan. Baca sinopsis cerita itu membuatkan diri terasa ingin menonton. Episod pertama tidak ditonton, kedua juga tidak. Terus menonton episod ketiga.

Jadi, dengan perasaan teruja yang ada, terusla membuat akaun di tonton.my untuk menonton cerita ini. Semangat kerana mahu lihat Jordan. Rindu sangat. Teruja bila menunjukkan beberapa latar yang ada disana.

Kebetulan minggu lepas semasa episod ke dua, kakak menanyakan sejarah petra. latar yang ada disana. Semangat jugalah bercerita dan memberi peringatan dan iktibar dari kisah petra tersebut.

tahniah juga kepada Eirma Fatima kerana berjaya mengarah cerita yang bergenre Islamik. Alhamdulillah, masih ramai yang jiwa-jiwa mereka ketandusan Islam yang sebenar. Ingin melihat kehidupan sebenar pelajar di timur tengah, budaya mereka.

Dalam cerita ini, diri tidaklah meletakkan ‘high expectation’. Treller juga sudah tahu akan ada isu. Isu yang timbul dalam diri ini. Mengapa ada slot itu? Seperti tidak sesuai sahaja.

Selesai menonton cerita itu, episod satu dan dua, diri termenung. Panjang. Terasa ada juga kenangan di Jordan muncul. Tetapi kurang puas hati. Diulang untuk kali kedua untuk dua episod itu. Kecewa. Sedih.

Cuba berbaik sangka, mungkin moral yang ingin diketengahkan belum sampai maksudnya, tetapi tetap juga rasa terpanggil untuk meluahkan kesedihan yang ada. Bagi mereka yang biasa-biasa mungkin tidak melihat keganjilan dari drama tersebut. Kerana konsep islamik yang diketengahkan sudah mengaburi mata yang melihat.

Diri bercakap bukan atas dasar atau nama Ustazah, tetapi sebagai penonton yang sedikit sensitif. Memanglah Ustaz dan ustazah pun buat silap, tetapi tak salah kalau kita jaga aib mereka. Malah cerita dan sesetengah babak dalam cerita tersebut seperti menyatakan bahawa ustaz dan ustazah ‘slumber’ melakukannya.

BUdaya hidup yang diketengahkan sememangnya tidak sama dengan realiti yang ada disana. Mungkin selepas ini pihak berwajib perlu memberikan sedikit atau lebih teliti mengenai budaya yang ada.

Sepanjang pengajian saya disana, belum sampai ke pengetahuan yang ada pelajar yang berjalan-jalan dengan bilangan sama rata. Sama banyak lelaki dan perempuan. Malah dalam kumpulan yang kecil. Kemudian berpecah untuk ‘berbincang’ sesama mereka. Setakat ini saya belum pernah tahu. Jadi apa yang dipertontonkan seperti menyatakan mereka biasa melakukan hal tersebut.

Adegan duduk berdua di unggun api pada waktu malam, berdua berjalan-jalan, berpegang tangan, dan MEMBUKA NIQOB. Terkejut rasanya melihat adegan itu. Memang dinayatakan yang beliau tidak sengaja, tetapi impaknya kepada masyarakat agak besar bagi saya.

Watak Ustaz Sauki beristeri empat dan tidak adil dalam giliran. Membawa imej buruk kepada poligami.
Ustaz yang berkat. dan bla bla bla…

Bila dialog “ala, Ustaz pun buat macam tu”, terkeluar dari benak masyarakat, ini menunjukkan bahawa tiada lagi golongan yang boleh diteladani. Tidak dinafikan ada juga ustaz dan ustazah yang melakukan kesalahan termasuk diri sendiri, tetapi tidak seharusnya dijadikan atau ditontonkan kepada masyarakat. Kita insan biasa yang memang tidak mampu mengetahui setiap apa yang terdetik dalam hati manusia.

Mungkin kelihatan emosi. tetapi begitulah yang dirasai. Bukan Ustaz dan Ustazah disana tidak langsung berinteraksi sesama mereka, tetapi jelaskan nilai-niali dan panduan yang mereka gunakan. Serlahkan secara baik budaya hidup mereka. Mungkin secara tidak sengaja boleh memberi kesan yang positif kepada Malaysia umumnya.

Oh, saya juga bukanlah Ustazah pilihan yang paling sesuai untuk memberi respon kepada hal ini. Saya juga bukanlah bersih dari dosa. Cuma sekurang-kurangnya sentiasa cuba membaiki diri dan dengan cara saya menulis ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya bila menulis ini membuatkan saya sendiri akn berhati-hati untuk tidak lagi melakukan perkara yang sama. Bertaubat.

Bagi mereka yang berkecil hati dengan tulisan ini, saya minta maaf. Bagi yang berpendapat “ala yang tulis ini juga bukan baik sangat” saya mengaku, memang saya bukan baik mana, tetapi anda pula bagaimana? Jomlah kita sama-sama baiki diri. ALLAH tak pandang hasil tetapi pandang usaha kita. Daya kita dan semnagat kita.

Bagi mereka yang terasa dengan cerita itu, Jom sama-sama kita buktikan bahawa itu bukan budaya pelajar disana. Kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita lebih baik dan sentiasa mahu memperbaiki diri kerana ALLAH Swt.

Sesungguhnya cerita itu membuat diri termenung. Dan teringat tentang Sabda Nabi SAW “sesungguhnya Islam itu datang dengan dagang dan akan menjadi dagang” (dagang:asing) Untunglah mereka yang dagang itu. -au kama qola-

Dan sehingga tak tahu rasa apa yang dominan sekarang kerana semua rasa bercampur baur.

Ilahi, anta maqsudi, waridoka matlubi.

.
.
.
.
.

.

.
.
.
.

p/s: Sangat lama untuk siapkan artikel ini. Tetapi gagahkan juga. Bimbang.
Sungguh iman makin lemah kerana buat baik pun rasa risau kan? oh~~~~~~~~~

Saya rindu Syam. Rindu rutin hidup disana. Mungkin sebab itu saya terpanggil untuk bercerita kisah ini kot. Rutin yang aman dan teratur. Hidup yang suasana dan biah solehah. Memanglah ada nakal-nakal, kira seperti garam dalam masakan.

Salah yang dulu moga ALLAH ampunkan. Sesungguhnya ALLAH Maha pengampun. ALLAH!

Dah tak jadi 2 entry 1 hari sebab dah pukul 12 tengah malam.

~ Sabar dan tabah hati itukan sifat yang baik, jadi…lakukanlah! ~

Dengan nama ALLAH yang Maha pemilik Hati ini.

Ya ALLAH damaikanlah hati ini ya ALLAH.

070711. Resah lagi dengan masalah hati. Sudah berjanji dengan diri, tak mahu terus-terus fikir masalah diri yang sukar mahu selesai, baik tumpukan juga pada umat. Umat lebih perlukan idea dan jasa untuk membangunkan mereka, terutama dalam bab muamalat dan kewangan. Tapi, manusia ini sifatnya leka dan alpa. Huh!

Ya, iman itu ada turun dan ada naiknya, sebab manusia bukan malaikat yang sentiada dijaga imannya, sentiasa sama sahaja imannya. Manusia juga bukan seperti syaitan yang sentiasa dimurkai ALLAH. Sentiasa dilaknat olehNYA.

Manusia itu manusia. Semua manusia tahu dan arif tentang sifat semulajadi mereka. Sifat yang biasa dan normal. Dan diri ini adalah manusia yang normal. Juga juga sama rasa dengan manusia yang lain ketikanya. Hurm~

Berhubung dengan rakan lama. Memang lama tak berhubung. Tiba-tiba kawan memberi pesanan ringkas, teruja rasanya. Terus membuat panggilan. Lebih selesa bercakap dari bermesej. Lebih ‘feel’ orang kata. Banyak juga cerita yang keluar.

Dan, tak semena-mena, tersasul Tanya soalan yang pada diri sangat sensitive. Sensitive untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Dan sekarang rasa sedih bergelumang! Adduhh!

Diri tahu yang diri tak perlu rasa sedih kerana sebab itu. Dan diri percaya, rasa sedih ini bukan kerana berita itu. Tetapi sedih dengan keadaan diri yang masih belum pulih. Pulih dari masalah hati. Masalah remuk hati. Susah mahu baiki.

Retak-retak lama sentiasa ada. Sudah-sudahlah diri. Usah dikenang yang lama. Jujurlah! Lupakan yang lama, teruskan hidup dengan ceria. Tipulah perasaanmu, lama-lama terbiasa. Tak guna pertahankan dan simpan rasa itu. TIDAK GUNA! Tolonglah diri sendiri wahai diri. T.O.L.O.N.G!

Kesal.

Ya. Zaman jahiliyyah sepatutnya sudah lama berakhir. Yang sudah itu, sudah. Yang penting, jangan lakukan lagi. Taubat nasuhalah diri!

Terkilan.

Terkilan kerana dalam menjaga hati, masih lagi terosak hati ini. Sungguh, syaitan itu bisikannya sangat halus. Ini bukan salah syaitan semata, tetapi salah iman! Ya, salah iman. Mungkin iman kurang mantap. Oh! Bukan salah iman semata, juga salah amal! Arrggggg!!! Bukan salah siapa-siapa. Sudahlah membangaukan. Yang salah tetap salah, dan sekarang sudah terima hukuman. Hukuman dengan rasa menyesal dan sesal tak sudah. Moga-moga tak akan berulang lagi. Jagalah hati baik-baik diri.

Sedih.

Sedih kerana hati ini sudah tidak perawan lagi! Bagaimana? Simpati pada dia. Untuk dia, diri mahu beritahu, bukan diri sengaja, ini kisah lama. Diri sendiri tak tahu akan berlaku sebegini. Maafkan diri ini. Diri mahu jadi yang pertama untuk dia, tetapi, dalam diri sendiri pernah ada orang lain duduk! Tidak adil untuk dia. TUHAN……..kasihani dia. (walau diri belum pasti dan belum tahu siapa dia, diri harap sangat dia sudah maafkan diri ini kerana terlepas pandang soal beri hati ini dahulu. Maaf tau dia!)

Tabah.

Ini sudah direncanakan TUHAN. Diri perlu dan mesti sabar serta tabah. MESTI! Yakin dengan janjiNYA. Sungguh TUHAN tidak akan mungkiri janji. Tidak seperti yang dulu-dulu. Sudahlah berharap pada manusia, manusia itu lemah sifatnya. Baik berharap pada TUHAN Maha Segalanya. TUHAN!

Harap.

Diri harap, boleh lupakan semua yang lalu yang pahit itu, bila iamn tinggi atau tebal barulah boleh ingat. Bukan apa, bimbang bila teringat masa iman turun, makin menurun iman, makin teruk masalah jiwa dating. Sejarah perlu diketahui supaya tidak diulang. Harap juga pada peremuk hati. Doakan hati diri ini baik, seperti masa mula-mula dapat dulu. Teruk sangat! Masa ambil, hati masih elok, bila pulang remuk-remuk. Kalau tak tahu nak jaga, janganlah berani ambil! Dah diri terpedaya. Huh! Ok~ salah diri sendiri juga, kenapa beri pada bukan hak? –hurmmm, soalan ini memang bawa seribu penyesalah. Sesal yang amat!-

Doa.

Diri doa, hati ini akan pulih. Elok. Merah dan kental. Hati kental!  siapa-siapa yang terbaca, tolong doakan untuk diri ya. Moga-moga ALLAH bagi hati baru. Hati yang LEBIH cantik untuk ganti hati lama yang dah teruk dan buruk ini. Cuma belum busuk kot! hahaha

cukup.

cukup-cukuplah diri dengan seksa diri dan perasaan sendiri. diri perlu yakin pada diri yang diri OK dan semuanya akan OK. sayang diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. sayang hati sendiri sebelum beri hati pada orang lain!

p/s: bulan 8 nanti saya bakal jadi ‘makcik!’ -seronok ke? hahaha-
ingat diri, jangan bina kebahagian dengan kasakitan orang lain tau! INGAT!
ini tulisan peribadi. memang tah apa-apa, jadi suka hatilah kan. sedap juga kot, sebab dah baca sampai habis. buang-buanglah bisiakn buruk! 🙂 -mereng kot~-

desa bangsawan
khamis malam jumaat

~ selamat ulang tahun ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mentadbir Alam ini.

ALhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

24 Jun 2010, secara rasmi memperoleh ijazah Sarjana Muda Syariah, pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam dari University Yarmouk Jordan. menitis air mata saat melihat ijazah yang didapat semasa majlis konvokesyen tersebut. oh!

dan hari ini, 24 Jun 2011, semua hanya tinggal kenangan. sekarang sedang berusaha merealisasikan masa depan, seperti yang diidamkan. moga ALLAH permudahkan.

Yang paling jauh ditinggalkan adalah masa lalu, dan paling cepat datang adalah waktu kematian. -Imam Syafie-

saya rindu debu dataran itu, saya rindu pada sunyi perpustakaan disana, saya teringin maqlubah juga syawarna, terdengar-dengar merdu suara syiekh ma’mun, terbayang-bayang pokok zaitun yang penuh debu, terasa-rasa manis kelat buah tin segar, terkenang-kenang damai bumi irbid, persatuan yang PERMAI, aktiviti yang berfaedah, rakan-rakan yang sanggup berkorban, simsimah tempat shoping kala malas, doi3ah dan abu mahmud.

sakan kuning dan andaleep, teksi kuning yang bising, hon-hon yang tak berhenti, abang panjang jual syawarma dekat mat3am kuliah iqtisod.

Dr Abdul Jabar yang sangat kebapaan, Dr Emad barokat yang selalu cerita tetang Malaysia, Dr Zakariah quddah yang sabar, Dr Muhammad Bani isa yang caring, Dr Ibrahim yang handsome, Dr Najah yang suka bagi tulis dekat papan putih, Dr tolafahah yang sabar ajar Micro banyak kali pada saya. oh!

juga miss manal, miss atof,…sangat keibuan dan ceria-ceria!

terima kasih.

pelik lah! kenapa over sangat ni? semoga jiwa ini cepat stabil. sudah-sudah fikir masalah sendiri, masalah masyarakat dan umat lebih diperlukan.

settlekan dirimu aini, baru mudah settelkan yang lain. fokuskan tujuan hidupmu. jelaskan matlamat yang ingin dicapai sebelum menutup mata. sekurang-kurangnya ada kesan pada dunia!

.
.
.
.
.
.
.
.
p/s : Sultan Muhammad al-fateh buka Constantinople umur 22 tahun. Ibnu Sina menulis buku Qanun fit tibb umur 22 tahun (malah ada pendapat mengatakan umurnya 21 tahun). saya pada ketika umur 22 tahun, hanya memperoleh segulung ijazah? bagaimana mahukan Islam seperti dulu yang kuasai 2/3 dunia jika umat terdahulu tak mahu dicontoh?

sedarlah aini, umur makin pendek, jasa tak kan tak ada kan? FOKUSLAH! Sudah setahun habis belajar, sepatutnya adalah sumbanganmu…..USAHALAH!

SYAM………….tanah itu, ku mahu jadi ‘tanahku!’

24 Jun 2011

~Kalau orang kata rindu itu sakit, saya kata rindu itu indah!~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Memiliki hati-hati kami!

Alhamdulillah.
ALhamdulillah.
ALhamdulillah.

Ini cerita tentang perasaan dan pandangan. Cerita-cerita kosong yang tiada istimewa bagi mereka yang tidak istimewa! Ouucchh~

Hujung minggu yang bermakna. Berlibur bersama sepupu yang terapat. Kami sebaya, kami kongsi banyak benda besama, dan kadang-kadang, perasaan kami juga sama.

Apa yang boleh diri katakan tentangnya, dia memang sepupu, dia juga kakak, dia juga adik, dia juga rakan, dan kadang-kadang jadi musuh. Cuma bukan musuh untuk di’bunuh’lah! Haha

Memang dah jadi rutin untuk kami bila berjumpa, pasti bercerita sampai tak ingat masa! Tidur pun jadi tak cukup sebab sanggup bersengkang mata untuk dengar dan bercerita. Dan kami patikan tiada siapa yang menganggu kami!

Banyak benda yang dia sedarkan diri ini. Banyak benda yang dia membuatkan diri ini banyak fikir. Sebelum ini pun memang banyak fikir, sekarang lagi bertambah banyak fikir.

Terima kasih anis!  rindu pada suasana kecil-kecil dulu, paling suka main buaya-buaya dekat rumah arwah aki. Kecoh sampai orang tua-tua kat bawah tak boleh nak berborak sebab suara kita sangat kencang! Seperti nak roboh rumah aki.

Ingat juga main ‘kopek durian’. Ini mainan yang sangat tidak elok untuk dimain ketika dewasa! Main kenakan orang yang nak masuk bilik, letak air lah, tepung lah. Memang kaki kenakan orang. Gaduh-gaduh usah ceritalakan. Sangatlah ganas! Hahaha

Teringat juga, masa kecil-kecil, berlumba makan buah rambutan paling banyak. Aki sampai kena buat pertandingan supaya buah rambutan yang aki kait habis. Ala~ rindu pada arwah aki!

Ingat juga masa berlari bawah pokok durian, kejar cari durian gugur. Dan selalunya saya tak dapat. Ok! Saya tak hebat.

Bila dah besar sikit, kita dan pandai kongsi rahsia. Sampai mak bising suruh tidur sebab asyik berborak. Awak cerita tentang kehidupan awak, saya cerita tentang kehidupan saya. Saya cemburu dengan awak, awak juga cemburu dengan saya. Hakikatnya kita sedang bersaing sesama sendiri untuk sama-sama hebat.

Masa tingkatan 4 saya sangat cemburu lihat sijil-sijil kokurikulum awak banyak, saya tak ada sebanyak itu pun, jadi saya berusaha untuk menyaingi, walau sekarang kalau kira-kira awak masih menang, sekurang-kurangnya sijil saya bertambah! Terima kasih sebab jadi pemangkin untuk saya aktif. Haha

Bila nak habis belajar, saya cemburu sebab awak habis dulu dari saya. Saya nak habis cepat-cepat juga. Boleh kata, apa yang awak ada saya juga mahu. Awak ada lessen kereta, saya juga mahu, awak ada kerja, saya juga mahu, awak ada kekasih, saya juga mahu, Cuma yang ini belum lagi. Hahaha. Tengok! Kan awak dah lebih dari saya. Tak apa, saya sedang berusaha keras sekarang! Haha

(apalah yang saya mengarut ini)

Rindu kan.

Mungkin ALLAH dah takdirkan kehidupan kita sama, Cuma berbeza. Awak dengan kehidupan awak, dan saya dengan kehidupan saya. Saya mahukan jati diri yang hebat seperti awak, awak mahukan suasana hidup saya. Tetapi, apa yang kita nak, bukan semua yang kita akan dapat. ALLLAH bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

ALLAH letakkan awak dalam situasi sebegitu, sebab ALLAH nak letakkan saya dalam situasi begini. ALLAH susun dah cukup baik. ALLAH tahu awak kuat untuk hidup dalam kehidupan awak dan saya lemah jika saya berada dalam situasi awak.

Saya tak kuat dan tak hebat macam awak, sebab itula ALLAH letakkan saya dalam zone yang selesa dan selamat. Alhamdulillah. Bukan bermakna ALLAH letakkan awak dalam zone itu, ALLAH tak sayang awak, tetapi ALLAH lebih sayang. ALLAH beri kita ujian sebab mahu tingkatkan taqwa dan tebalkan iman kita.

Kan ALLAH ada kata bahawa DIA tidak akan membebankan hambaNYA luar dari kemampuan kita! Jadi, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita dapat. Jika tak mampu bersyukur dengan nilai yang kecil, mesti lagi susah mahu bersyukur dengan nilai yang banyak. Jika tak syukur bimbang akan menjadi kufur nikmat pula. Minta dijauhkan!

Ok! Ini post untuk awak. Saya tahu awak akan baca dengan hati dan berhati-hati. Just want to let you know that I really love you! Awak….tolong jaga hati baik-baik tau. Awak jangan rosakkan dia, kalau ada luka, cepat-cepat sembuhkan, kalau ada cela, cepat-cepat hapuskan.

Jaga hati itu sangat susah! Jika hati terjaga, insyaALLAH semuanya akan baik. Jaga hati itu banyak cara, pilihlah yang mana mudah. Rosakkan hati juga banyak cara, janganlah dipilih walaupun satu cara.

.
.
.
.
.

p/s: saya teringin ice blended yang hari itulah! Nak lagi, dan sedapnya jeruk tu! Dan sekarang saya sedang telan air liur ok! nanti nak lagi.

140611

~ Berharap pada ALLAH sahaja ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Menunaikan janji.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah.

Hujung minggu yang sangat bermakna!. Pulang ke kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Faizah dan Salman. Alhamdulillah telah selamat semuanya.

Roommate saya semasa di Casa Intelek telah BERJAYA berumahtangga. Menyempurnakan separuh imannya…Alhamdulillah.

Majlis yang simple tetapi tetap meriah. Agak ramai sahabat yang hadir, walaupun bukan semua.

Tak mengapalah, semua sudah berkejaya dan ada tanggungjawab sendiri kan, bukan mudah mahu kumpul semua. Yang datang itu pun sudah lebih dari separuh pun sudah cukup bagus.

Coming soon bulan 9 dan 11 pula ya. Moga ada kesempatan untuk menghadirkan diri lagi. Seronok jumpa kawan-kawan setelah lama tak ketemu. Pelbagai cerita yang keluar. Alhamdulillah.

Antara nikmat terbesar selepas islam dan iman adalah mempunyai sahabat yang baik. Alhamdulillah.

Post lepas ada berharap pada sahabat supaya membuat keputusan untuk ikuti program icmgts, tetapi ALLAH maha mengetahui, beliau memilih tawaran sebagai pensyarah. Apa-apa pun saya tetap mendoakan beliau sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

Kecewa memang kecewa, tetapi insyaALLAH ada hikmahnya. Ingat aini, berharaplah pada ALLAH kerana ALLAH adalah tempat untuk berharap dan hanya DIa mampu memenuhi harapan.

Cerita tentang teka-teki, jawapannya adalah nyanyikan lagu “happy birthday” kemudian singa tersebut akan padamkan lilin! Adeehh! Ini bukan logic kan? Tapi orang bagi teka-teki dah bagi jawapan seperti itu, jadi terima sahajalah!.

Jawapan saya adalah, saya akan menghayunkan badan seperti buaian, dan singa dibawah pasti akanmengikut gerak hayunan saya dari bawah sehingga singa tersebut tersepak lilin yang dibawah itu.

Teka-teki saja. Tak kisah betul atau salah, Cuma galakan untuk berfikiran kritis sahaja.

.
.
.
.
.
.

p/s: tolong tinggalkan saya sekiranya ‘tiada’ apa-apa kerana saya tak mampu untuk pergi.