~ ini cerita mengarut! jangan baca, buat rugi sahaja!!! (ada yea tajuk macam nie?) ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Syukur dengan segala limpah kurnia yang ALLAH telah berikan. Sungguh tidak terhitung nikmatNYA. Lama sungguh blog ini sunyi dan sepi. Sibuk barangkali. Tidak sebenarnya, tetapi lebih kepada tidak pandai mengurus masa dengan lebih teliti. Janji tetap janji. Minta maaf pada diri sendiri kerana mungkir janji yang dipatri pada diri untuk update blog sekerap yang boleh.

Sebenarnya, banyak sangat draft yang separuh siap, yang baru mula tulis “Dengan Nama ALLAH”, yang baru tulis tajuk untuk dipost. Tetapi tidak disiapkan sepenuhnya dan tidak dipost. Gagal lagi!

Banyak perkara yang berlaku dalam 2 bulan ini. Satu per satu tak mampu untuk diceritakan. Akan cuba di highlightkan yang penting-penting sahaja.

10 hari sebelum raya puasa dulu, kami kehilangan ayah dan ibu angkat kami. Ayah dan ibu kepada Natasya. Mereka terlibat dengan kemalangan yang turut mengorbankan anak saudara Tasya. Innalillahi wa innalillahi rajiun.

Tasya dan keluarganya, ALLAH sayang kalian sangat-sangat dan ALLAH tahu kalian kuat untuk menghadapinya. Moga arwah semua ditempatkan ALLAH dalam kalangan orang yang beriman.

Bersyukur ya ALLAH kerana KAU hilangkan apa yang aku sayang sebelum aku sempat berjumpa dengannya. Kerana KAU tahu mungkin aku tidak kuat untuk merasakan sakit kehilangan. Semoga abah juga ALLAH tempatkan dalam kalangan orang yang bertaqwa.

Hari raya kedua setelah setahun pulang ke Malaysia. Tahun ini agak meriah walau tanpa duit raya. Eh! Masih dapat, kurang RM10. Cepatnya zaman kumpul duit raya berlalu. Sekarang zaman bagi duit raya pula ya! Alhamdulillah. Kita kena ada sesuatu, barulah boleh memberi. 🙂

Sepanjang hujung minggu dari awal September hingga October, penuh dengan jemputan perkahwinan. Alhamdulillah. Rakan batch kami telah selamat diijabkabulkan pada 16 september 2011 dengan pasangan masing-masing.

Mardiah dan Bahry. Syarifah dan Syed Ali. Dan tidak lupa juga sepupu belah abah, Kak Zuri dan Abang Suhaimi. Tahniah untuk kalian. Moga aman dan bahagia hingga syurga.

Fahmi juga telah terbang ke Sarawak untuk sambung pengajiannya disana. UiTM Semarahan. Bidang saya terpula pula. (apalah!). Belajar rajin-rajin ya! Nanti Keknie datang Sarawak sila bawa jalan. Haha.

Seperti kaku sahaja gaya penulisan ini. Memang skema dan satu-satu, seperti blog Tun Mahathir, Cuma bezanya tiada nombor setiap perenggan. 

Banyaknya nak cerita, tetapi tak tahu nak mula dari mana. Itulah! Lama sangat bercuti dari menuliskan?

Diri ingin menukilkan rasa terkilan. Entahlah, terkilan yang sangat-sangat. Dulu, sebelum ini memanglah kami tak baik pun, jarang berhubung dan bertanya sapa, tetapi tidaklah sampai sombong. Diri bukan mahu menjadi orang ke 3 dalam hubungan mereka, tetapi menjadi kawan seperti dulu sahaja. Dan, kadang-kadang rasa macam tersisih pun ada.

Tahulah dia sekarang sudah bahagia. Ada yang punya (walau belum halal sepenuhnya), tetapi tak bolehkah berkawan seperti dahulu? Kawan seperti biasa. Tambah-tambah kali terakhir berhubung dengannya dia ada mengguris hati. Diri wish birthday pun Cuma jawab terima kasih. OH~ memang sombonglah!

Dan, diri doakan semoga dia dan diri dia yang satu lagi, sentiasa Ok. Mungkin juga ini balasan buat diri yang dahulu terlalu sibuk untuk bagi perhatian sebagai seorang kawan padanya. Bila dia dah ada ‘kawan’ lain, memang patut dia abaikan diri kot. (eh betul ke apa yang diri fikir ni? Adilkah?)

Oklah, seperti biasa, kata semangat bila berlaku perkara yang menggeramkan jiwa adalah, “mesti ada hikmahnya, ALLAH nak tunjuk sesuatulah tu, tunggu ajalah, sabarlah dengan hikmah dan redha”.

Saja mahu tulis juga rasa terkilan ini. Sebab serius terkilan. Diri bahagia je bila tengok dia dan diri keduanya bahagia, tetapi tak perlulahkan bila sudah bahagia lupakan yang lain. Kesian dekat diri ni. Hahaha. –mereng~

Sekarang ini, banyak perkara yang sensitive tahap tinggi dan sensitive tahap biasa berlaku. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya. Ceh! Macam hebat sahaja kan? sabarlah sangat. Menagis juga kan? eh, menagis bukan tanda lemah tetapi melepaskan sekejap beban untuk dapat semangat baru untuk teruskan ujian yang mendatang.

Siapa kata orang yang menangis lemah? Kan orang yang menangis kerana menyesal dengan dosa yang dilakukan di sepertiga malam adalah orang yang kuat jiwanya. Bukankah orang yang menagis kerana teringat akan kematian adalah orang yang laing bijak? Bukankan air mata yang mengalir kerana takutkan balasan ALLAH, akan ‘menyejukkannya’ andai dibakar di dalam neraka? Haa, kan bagus menangis tu. (menangislah kerana Tuhanmu!)

Basah jalan tar kerana dihujani hujan, basahnya pipi kerana mengalir air mata kerana takutkan TUHAN.

Dalam 2 bulan ini juga ramai sahabat yang sudah dan akan kahwin. Ramai. Dan diri ucapkan tahniah untuk mereka. Diri ok, diri sabar sahaja. Faham je yang jodoh belum sampai, diri belum sedia. Diri ok sahaja. Percayalah. Diri ok!

Cuma, kadang-kadang soalan yang tahap wartawan melodi yang macam nak lagakan artis punya tu, diri tak terjawab. Cuma yang boleh jawab, “kita merancang, ALLAH juga merancang, tetapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik”. So, sabar sahajalah kan?

Usaha sudah ada, tinggal tawakal sahajalah. Usaha banyak cara kan? tapi couple adalah BUKAN caranya. Hahaha. Terima kasih.:)

Diri bukanlah memilih, tetapi taklah sampai main sapu sahaja siapa-siapa kan? ini soal masa depan, soal keluarga dan anak-anak, seterusnya soal ummah.

Ingat senang? Memanglah kahwin boleh jaga diri, jauhi benda yang merosakkan, jaga hati dan serba serbilah yang baik-baik. Tetapi, bila diri sendiri pun belum cukup 70% bersedia, bukankan akan secara langsung akan member factor kegagalan masa depan?

Setakat ini belum jumpa yang betul-betul memenuhi cirri-ciri idaman. Wow! Bunyi macam banyak je list kan? macam bagus sangat je diri sendiri ni nak letak list panjang-panjang. Macam lah diri nie perfect sangat. Haha

Diri nak bocor rahsia. Diri tak pernah buat list pun! Cuma 1 je cirinya. SATU. ONE. WAHID. E’.ONCe. haha. Apakah ia? Tak bolehlah bocor rahsia.  (bukan tadi kata nak bocor rahsia ke? Eh, bocor separuhlah kiranya yea).

Bagi yang asyik Tanya dan nak tahu, sila bawa bersabar. Sebab, diri pun tak tahu. Diri sekarang tidak tumpukan perhatian 100% kepada jodoh atau rumah tangga, tetapi 70% sahaja. Jika awal, maka akan awallah, jika lambat maka akan lambatlah, jika tiada, pasti disyurga. Ameenn~ ini semua kan ALLAH dah janji.  (calon pun belum ada!)

Diri ok, diri harap anda-anda juga ok.

Ok! Cerita lagi. Kami budak Syam, cadang nak jalan-jalan mengembara dan menjelajah lagi. Mencari dan mendekati hebatnya ciptaan ALLAH. Meninggikan syukur dan kagum kepadaNYA. Cuma, tidak tahu bila, malah kemana juga tak tahu. Tinggal niat.

Diri adalah usaha juga sikit-sikit, cari tarikh yang semua orang lapang, tempat yang menarik dan kos yang murah. Tetapi hanya usaha sahajalah. Belum perlaksanaannya. Bila semua sudah ada komitmen masing-masing.

Moga ALLAH lapangkan kami, lapangkan rezeki kami, mudahkan urusan kami untuk mengembara.

Uiksss! Panjangnya! Tapi apa kisah panjang pun kan? 3 hari baru nak siap. Hahaha. Punyalah asyik tangguh-tangguh sahaja. Ini pun curi-curi masa nak tulis. Kantoi!

.
.
.

p/s: baru-baru ni jumpa hidayah. Dia datang KL. subhnaALLAH. Perut dia besar sangat, dan dia juga sudah berisi. Mula-mula sangat terkesima. Oh dayah. Tak sabar nak tengok baby. Hehehe.

Temankan humi sibuk buat persediaan kahwinnya. Sambil-sambil ambil tips untuk majlis sendiri yang tak tahu bila. Haha

Kelas di UIA sudah mula. Setakat ini oklah. Tetapi rasanya belum membantu sangat. Mungkin sebab seminggu sekali sahaja kelasnya kot.

Sedang berusaha membantu ‘seseorang’ membina masjidnya. Moga Berjaya! Masjid sendiri kena JADI penukang hebat dulu, sediakan bahan binaan banyak-banyak (baca: kukuh), baru boleh buat masjid kan? haha

Asyik sibuk hal kahwin sahajalah aini nie. Nak buat macam mana, suasana kahwin sini sana. Secara tak langsung terkesan juga dengan suasana kan? hehe. Itu tanda sudah dewasa. Kehkehkeh. Geli2!

Moga-moga minggu nie jadi ke kota singa. Nak menjelajah sambil buang duit. Duit banyak sangat dah nie! Hahaha. Eh betulkan niat sebelum pergi aini! Ok2, niat nak tadabbur alam, moga-moga dengan berjalan-jalan makin kenal diri, makin kenal TUHAN, makin luas pengalaman. Ceeehh…(ini baru gaya ustazah pilihan). Hahaha

Alhamdulillah, akhirnya sempurna.

13102011

~ ramadhan fasa 2, fasa pengampunan ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Adil dan Saksama.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Wah! Sudah sampai separuh ramadhan sudah. Sekejapnya masa berlalu. Maknanya, tidak lama lagi, ramadhan akan berakhir, oh~

Fasa pertama, fasa rahmat sudah habis, sekarang pertengahan fasa ke dua iaitu fasa pengampunan. Jom, minta ampun banyak-banyak, solat taubat banyak-banyak. 🙂

Minggu lepas berkesempatan berbuka di masjid Negara sekali dengan terawikh. subhanaALLAH. Seronok sangat. Solat terawikh berimamkan dengan imam dari mesir tetapi kurang pasti siapakah namanya. 1 rakaat 1 maqra’. Syeikh sangat tadabur dengan ayat yang dibacanya. Serius tak rasa lama, tetapi hanya boleh buat sampai 8, perlu kejar balik kerumah pula, lambat habis nanti lambat balik, kurang bagus disitu, tambahan tiada lelaki yang ada sekali. 🙂

Malam semalam di masjid asyakirin KLCC. Berbuka dengan ramai orang. Jumpa kenalan baru. Seronok.

Terasa juga meriahnya ramadhan di Malaysia selain dari bazaar ramadhan.

Berita gembira! Alhamdulillah, saya sudah mendapat anak saudara yang ke-6 pada ahad lepas. Lelaki. Belum ada nama lagi. Sekarang berada di wad, baby kurang sihat. Doakan baby yang comel ini sihat dan cergas. Membesar dengan baik. bila dah besar jadi pejuang Islam yang hebat!

Akak, alhamdilillah sihat dan sudah boleh keluar hospital, tetapi pilih untuk duduk sekali dengan babynya di hospital. Wan pun belum dapat tengok baby lagi. Hujung minggu nie nak balik ke kampong, jenguk baby dan umi baby dengan wan baby, dengan mak cik-mak cik baby, dengan sepupu-sepupu baby baru. Haha.

Malam ni rancang ke masjid Negara. Oh~ hari ini nuzul quran. Peristiwa besar dalam ramadhan. Quran yang menjadi panduan kita. Hari ini sudah baca quran? sudah tadabbur ayat? Sudah ulang bacaan? 🙂

.
.
.

p/s: orang kata, kalu nak cari sahabat, carilah dekat masjid. Kalau nak cari jodoh pon boleh, dan malam tadi saya terlihat dia. Apakah? Hahaha –saja layan mereng-

nuzul quran, banyak negeri cuti, tetapi kenapa KL tak cuti? Sunyi je hari ini kat ofis. So bored!

Lagu-lagu raya sudah berkumandang, betul-betul tak ada feeling nak raya. Belum puaslah dengan ramadhan kali ini.

ALLAH bagi cuti, ambik sahajalah, dah itu fitrah.:)

Makin lama makin mengarut sahaja sepertinya. Hmmmm~

~ because I of love you lah! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencipa Setiap Sesuatu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Semangat menulis hari ini. Dua entry untuk satu hari. Atau mungkin tiga? haha.

Malam semalam berpeluang menonton cerita tahajjud cinta. Cerita ‘fenomena’ baru di Malaysia. Cinta islamik sepertinya. Bukanlah mengikuti setiap drama yang ada, cuma untuk cerita ini, memang ada daya penarik yang sangat menarik sehingga membuatkan diri tertarik. Merepek.

Video promosi cerita ini membuatkan diri teruja kerana memaparkan latar tempat di Jordan. Baca sinopsis cerita itu membuatkan diri terasa ingin menonton. Episod pertama tidak ditonton, kedua juga tidak. Terus menonton episod ketiga.

Jadi, dengan perasaan teruja yang ada, terusla membuat akaun di tonton.my untuk menonton cerita ini. Semangat kerana mahu lihat Jordan. Rindu sangat. Teruja bila menunjukkan beberapa latar yang ada disana.

Kebetulan minggu lepas semasa episod ke dua, kakak menanyakan sejarah petra. latar yang ada disana. Semangat jugalah bercerita dan memberi peringatan dan iktibar dari kisah petra tersebut.

tahniah juga kepada Eirma Fatima kerana berjaya mengarah cerita yang bergenre Islamik. Alhamdulillah, masih ramai yang jiwa-jiwa mereka ketandusan Islam yang sebenar. Ingin melihat kehidupan sebenar pelajar di timur tengah, budaya mereka.

Dalam cerita ini, diri tidaklah meletakkan ‘high expectation’. Treller juga sudah tahu akan ada isu. Isu yang timbul dalam diri ini. Mengapa ada slot itu? Seperti tidak sesuai sahaja.

Selesai menonton cerita itu, episod satu dan dua, diri termenung. Panjang. Terasa ada juga kenangan di Jordan muncul. Tetapi kurang puas hati. Diulang untuk kali kedua untuk dua episod itu. Kecewa. Sedih.

Cuba berbaik sangka, mungkin moral yang ingin diketengahkan belum sampai maksudnya, tetapi tetap juga rasa terpanggil untuk meluahkan kesedihan yang ada. Bagi mereka yang biasa-biasa mungkin tidak melihat keganjilan dari drama tersebut. Kerana konsep islamik yang diketengahkan sudah mengaburi mata yang melihat.

Diri bercakap bukan atas dasar atau nama Ustazah, tetapi sebagai penonton yang sedikit sensitif. Memanglah Ustaz dan ustazah pun buat silap, tetapi tak salah kalau kita jaga aib mereka. Malah cerita dan sesetengah babak dalam cerita tersebut seperti menyatakan bahawa ustaz dan ustazah ‘slumber’ melakukannya.

BUdaya hidup yang diketengahkan sememangnya tidak sama dengan realiti yang ada disana. Mungkin selepas ini pihak berwajib perlu memberikan sedikit atau lebih teliti mengenai budaya yang ada.

Sepanjang pengajian saya disana, belum sampai ke pengetahuan yang ada pelajar yang berjalan-jalan dengan bilangan sama rata. Sama banyak lelaki dan perempuan. Malah dalam kumpulan yang kecil. Kemudian berpecah untuk ‘berbincang’ sesama mereka. Setakat ini saya belum pernah tahu. Jadi apa yang dipertontonkan seperti menyatakan mereka biasa melakukan hal tersebut.

Adegan duduk berdua di unggun api pada waktu malam, berdua berjalan-jalan, berpegang tangan, dan MEMBUKA NIQOB. Terkejut rasanya melihat adegan itu. Memang dinayatakan yang beliau tidak sengaja, tetapi impaknya kepada masyarakat agak besar bagi saya.

Watak Ustaz Sauki beristeri empat dan tidak adil dalam giliran. Membawa imej buruk kepada poligami.
Ustaz yang berkat. dan bla bla bla…

Bila dialog “ala, Ustaz pun buat macam tu”, terkeluar dari benak masyarakat, ini menunjukkan bahawa tiada lagi golongan yang boleh diteladani. Tidak dinafikan ada juga ustaz dan ustazah yang melakukan kesalahan termasuk diri sendiri, tetapi tidak seharusnya dijadikan atau ditontonkan kepada masyarakat. Kita insan biasa yang memang tidak mampu mengetahui setiap apa yang terdetik dalam hati manusia.

Mungkin kelihatan emosi. tetapi begitulah yang dirasai. Bukan Ustaz dan Ustazah disana tidak langsung berinteraksi sesama mereka, tetapi jelaskan nilai-niali dan panduan yang mereka gunakan. Serlahkan secara baik budaya hidup mereka. Mungkin secara tidak sengaja boleh memberi kesan yang positif kepada Malaysia umumnya.

Oh, saya juga bukanlah Ustazah pilihan yang paling sesuai untuk memberi respon kepada hal ini. Saya juga bukanlah bersih dari dosa. Cuma sekurang-kurangnya sentiasa cuba membaiki diri dan dengan cara saya menulis ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya bila menulis ini membuatkan saya sendiri akn berhati-hati untuk tidak lagi melakukan perkara yang sama. Bertaubat.

Bagi mereka yang berkecil hati dengan tulisan ini, saya minta maaf. Bagi yang berpendapat “ala yang tulis ini juga bukan baik sangat” saya mengaku, memang saya bukan baik mana, tetapi anda pula bagaimana? Jomlah kita sama-sama baiki diri. ALLAH tak pandang hasil tetapi pandang usaha kita. Daya kita dan semnagat kita.

Bagi mereka yang terasa dengan cerita itu, Jom sama-sama kita buktikan bahawa itu bukan budaya pelajar disana. Kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita lebih baik dan sentiasa mahu memperbaiki diri kerana ALLAH Swt.

Sesungguhnya cerita itu membuat diri termenung. Dan teringat tentang Sabda Nabi SAW “sesungguhnya Islam itu datang dengan dagang dan akan menjadi dagang” (dagang:asing) Untunglah mereka yang dagang itu. -au kama qola-

Dan sehingga tak tahu rasa apa yang dominan sekarang kerana semua rasa bercampur baur.

Ilahi, anta maqsudi, waridoka matlubi.

.
.
.
.
.

.

.
.
.
.

p/s: Sangat lama untuk siapkan artikel ini. Tetapi gagahkan juga. Bimbang.
Sungguh iman makin lemah kerana buat baik pun rasa risau kan? oh~~~~~~~~~

Saya rindu Syam. Rindu rutin hidup disana. Mungkin sebab itu saya terpanggil untuk bercerita kisah ini kot. Rutin yang aman dan teratur. Hidup yang suasana dan biah solehah. Memanglah ada nakal-nakal, kira seperti garam dalam masakan.

Salah yang dulu moga ALLAH ampunkan. Sesungguhnya ALLAH Maha pengampun. ALLAH!

Dah tak jadi 2 entry 1 hari sebab dah pukul 12 tengah malam.

~ iktibar dari helang ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani hambaNYA

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Hujung minggu amat ditunggu-tunggu oleh semua orang, terutama golongan yang berkerjaya. Oh! sangat ‘heaven’ bila hujung minggu yang relax dan santai. Tak terkejar-kejar.

Jarang juga sebenarnya hujung minggu berpeluang hanya duduk dirumah. Tetapi alhamdulillah, minggu ini berpeluang seharian duduk dirumah. Memang seronok. Rasalah cutinya.

Nikmat sihat hanya dirasai oleh orang yang sakit, nikmat bercuti hanya dirasai oleh orang yang bekerja.
Terasa lapangnya bila bercuti. Walau Boss ada berikan ‘homework’ untuk hujung minggu ini, tetapi tetap rasa amannya bercuti. Ingat masa belajar sahaja ada homework untuk dibawa balik, kerja pun ada juga. Tetapi disebabkan sudah lama tidak ber’homework’, terasa teruja pula. Haha

Serius jiwa ini rasa sudah lama tidak mengembara. Terasa rindu. Jalan kaki pun sudah jarang. Memang padanlah berat badan naik dengan ‘gembira’nya kerana sudah lama tidak bersenam. Dulu-dulu juga tidaklah kuat bersenam, tetapi sering berjalan kaki.

Berjalan kaki juga mampu untuk membakar kalori yang banyak dan mengeluarkan peluh. Tambahan, kerja yang hanya duduk dikerusi empuk dengan penyaman udara, peluh pun terasa segan mahu keluar. Untuk kepejabat, lif sentiasa ada, memang jarak untuk berjalan sangat minimum. (boleh sahaja cari jalan kalau nak jalan banyak kn aini?). Rutin hidup yang sangat tidak sihat. Boleh sahaja berjogging sebelum kerja, tasik hanya depan rumah, cuma kegagalan menguruskan waktu. Padanla diri sendiri.

Mungkin sebab itu kot, peningkatan kurangnya kualiti kesihatan di Malaysia kini. Rakyat yang jarang bersenam. Rakyat itu juga adalah saya. Hmmmmmm~ -rajinkanlah diri untuk bersenam, walau hanya jalan kaki ok? –

Oh, teringat mahu notakan kisah yang sangat unik untuk diambil iktibar. Kisah si helang yang hebat. Kajian membuktikan bahawa helang adalah spesis burung yang mampu hidup lama. Adakala mencecah sehinggga 60-70 tahun. Tetapi untuk sampai ke tahap itu, helang perlu melalui tempoh yang sangat kritikal.

Menjelang umur 40 tahun, Helang akan menjadi sangat tua. Paruhnya akan memanjang sehingga akan terkena pada lehenya sendiri. Tajam tu. Bulu-bulu akan tumbuh lebat dan berat sehingga sukar untuk dia terbang tinggi. Kukunya juga memanjang.

Untuk terus hidup, helang mesti mengantikan paruh, bulu dan kukunya. Helang akan terbang tinggi ke satu kawasan bukit untuk transformkan dirinya kepada muda remaja. (hehehe).

Helang akan patukkan paruhnya ke bukit-bukit untuk mematahkan paruh yang panjang itu. Helang juga terpaksa untuk mencabut kukunya yang sangat panjang dan menjatuhjan semua bulu yang ada. Masa ini agak lama untuk berlaku. Jika helang ini tidak kuat, maka helang akan mati.

Cuba kita bayangkan jika kuku yang dijari ini tercabut atau dicabut. Sangat sakit. Tetapi helang ini sanggup untuk sakit kerana semangatnya untuk terus hidup. Selepas melalui masa yang sangat perit itu, helang akan kembali pulih dan kuat dengan paruh, bulu dan kuku yang baru. Malah lebih kuat dan gah.

Iktibarnya, untuk menjadi terbaik dan kuat, kita mesti melalui satu proses yang menyakitkan dan menyukarkan. Proses yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang kuat.

Dugaan dan cabaran yang pelbagai genre juga kategori. Bergantung kepada keadaan. Kesakitan yang dirasai semuanya adalah untuk mematangkan diri. Menjadikan diri seorang yang sangat kuat dan kental. Sama seperti helang tadi.

Hebat bukan? Manusia yang ALLAH tanggungjawabkan menjadi khalifah seharusnya lebih kuat dan hebat. Ambillah pengiktibaran dari helang ini. Bukan mudah mahu berjaya. Bukan sikit air mata yang akan turun kerananya. Tetapi kesakitan yang dirasai pasti akan ‘hilang’ setelah melihat kejayaan yang diperoleh nanti.

Penatnya belajar, mesti akan hilang dengan terlihatnya Ijazah semasa Majlis konvokesyen. Pasti turun air mata kesyukuran. (ini memang pernah rasa). Sakitnya bersalin akan hilang selepas melihat comelnya anak yang dilahirkan. (Belum merasinya lagi, tetapi tahu melalaui penceritaan orang. -logik pun sebenarnya-)

Yang pasti, bukan kita sahaja yang ditimpa musibah dan bukan kita sahaja pernah sedih, manusia lain juga makhluk lain juga merasainya. Indahnya ciptaan ALLAH pada perasaan. SubhanALLAH.

ALLAH nak bagi kita nikmat yang tak terhingga untuk syurgaNYA, sebab itu kita diujiNYA. Ujian kan untuk tingkatkan taqwa dan kebergantungan kita pada ALLAH. Bersyukurlah dengan ujian kerana ALLAH tidak melupakan.

Senyum.

Ilahi, Anta maqsudi, Wa ridoka matlubi. (Tuhan, hanya ENGKAU yang ku maksudkan, dan RedhaMU yang ku dambakan)

p/s: Banyak perkara yang tertangguh, dapat disiapkan, hanya kerana bercuti.
Masa. Kalau tidak memotong pasti terpotong.

Kita merancang, ALLAH juga merancang, tetapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

iktibar dari helang didengar di radio oleh Ustz Badlishah. Lepas dengar terasa sangat semangat. Semangat pemburu seperti helang. Semangat memburu kejayaan pandangan dari ALLAH. Yeaaahhh!!!!

Mestilah memilih, tak kan main sapu sahaja kan?

23 Julai 2011
Desa Bangsawan

~ Ramadhan dah nak datanglah! Jom sambut dengan meriah…~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Memiliki

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Dengan kurniaNya, maka sudah genap 23 tahun sekarang. Makin pendek unur yang ada. MOga-moga masih sempat untuk mengumpul amal memberatkan timbangan dan memberi kesan pada Islam. Dan sesungguhnya diri benar-benar maksudkannya. Ameeenn!

Tiada apa yang istimewa semalam. Biasa sahaja, Alhamdulillah, itu yang terbaik. Bimbang terlalu asyik suka dengan menyambut hari lahir, makin lupa pada dekatnya kematian. Biarlah tiada sambutan yang hebat, tetapi syukur jangan dilupakan.

Teringat tahun lepas, menyambut hari lahir dengan sedikit makan-makan bersama ahli rumah di Syiria. Banyak doa dan hari tersebut berjaya habiskan 2 juzu’ dengan Anisah Nabilah. Seronok sangat. Hujung minggunya pula ke Lubnan, jalan-jalan. Mengambil pengalaman dan iktibar yang ada di negara orang. ALhamdulillah.

Tahun ini, tiada jalan-jalan. Al-quran pun tiada dua juzu’, kenduri pun tiada, cuma yang ada hanya doa. Banyak! Doa semoga berkat umur. Moga ALLAH maqbulkan. Ameeenn. (Rindu mahu jalan-jalan lah).

Wow! Ramadhan sudah semakin hampir. Tak lama sahaja lagi. Semangat dan Tak sabar. Bulan yang memberikan banyak tarbiyah dan bulan penguat iman. Bulan pendorong amalan yang banyak-banyak. Moga tarbiyah ramadhan terus ada disetiap bulan. Memang susah, tetapi tidak mustahil.

ALLAHumma balighna Ramadhan.

Walaupun Ramadhan kali ini sudah di Malaysia, tetapi diri akan cuba menghadirkan suasana Ramadahn ketika di Syam ke Malaysia (untuk diri sendiri). Walau sukar untuk terawakih bertukar-tukar masjid setiap malam seperti di Syam, tetapi diri mesti berterawikh setiap malam! ya ALLAH, tak sabarnya…

Teringat Anisah Nabilah sangat-sangat sekarang. Walaupun Sehari sebelum puasa sudah Khatam quran bersama beliau, tetapi masa bulan puasa beliau tetap melakukan kelas bacaan semata-mata untuk membuat persediaan sebelum berjumpa Syeikh. Semangatnya SubhanaALLAH! Terima kasih anisah.

OH~ Rindu sangat aktiviti-aktiviti di Syam. Yang sudah itu cuma kenangan yang sekarang pun akan jadi kenangan. Pilihan diri untuk jadikan kenangan itu sebagai manis ataupun sebaliknya.

Dan, diri mahu jadikan Ramdhan yang akan datang ini sebagai Kenangan yang indah-indah sama seperti kenangan Ramadhan di Syam atau lebih baik lagi. Dan pastikan target ramadhan dipenuhi.

Teringat adab orang arab yang sangat memuliakan tetamu. Jika dikatakan pada mereka atau diajak mereka untuk berziarah, persiapan mereka cukup mantap. Air kosong yang dihidang hanya sebagai mukadimah persediaan mereka, bukan seperti sebahagaian kita yang memang hanya menjamu tetamu dengan air kosong.

Mereka akan pastikan kita datang dengan perut kosong, tetapi balik dalam keadaan yang sangat kenyang dan seronok. Mereka sediakan macam-macam. Air kopinya, nasi yang banyak, lauk yang sedap, buah-buahan yang pelbagai, sampai dah tak mampu nak makan! Sangat memuliakan.

Jadi iktibar yang diambil, tetamu yang bakal kunjung ini (Ramadhan) perlulah kita lakukan persediaan besar-besaran untuk menyambutnya. Seperti orang Malaysia menyambut Raya la kan. Sambutla Ramadhan seperti menyambut tetamu yang ditunggu dan seperti menyambut Syawal itu. 🙂

p/s: Ucapan hari lahir di blog lagi satu yea. (oh! kantoi ada 2 blog…hahaha)
Serius sangat tak sabar tunggu Ramadhan ini. Sengaja meniupkan perasaan teruja.

Rakan-rakan sepejabat (Cina) sudah mula tanya-tanya bila nak puasa yea? seronok nak jawab. Inilah 1 Malaysia. Bagaikan mereka juga akan menyambut puasa bersama kita. Working hours pun dipendekkan sedikit sebagai penghormatan untuk umat Islam berpuasa.

Pedoman itu ada dimana-mana, ikut diri sendiri nak ambil atau tidak. Tak kisahlah dari siapa pun.

We have a Choice, just choose it.

office
1.50pm
22 julai 2011
jom kerja dengan semangat!

~ Matang itu diukur dengan apa? Mm ke, cm ke, km ke, kg ke? Ke guna liter? Entah-entah guna darjah celcius! ~

Dengan Nama ALLAh Pemilik Alam ini.

ALhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Bila teringatkan tanggungjawab, rasa sesak didada tak boleh bernafas. Ya ALLAH, jangan KAU bebankan ku dengan apa yang tidak ku mampu ya ALLAH.

Risau pada tanggungjawab yang tidak tergalas. Hubungan dengan Pencipta kurang mantap. Hubungan dengan manusia kurang akrab. Sempit rasanya!

Apa yang akan dijawab andai ditanya apa yang digunakan pada nilai usia? Kemana harta digunakan? Utilitikah masa yang diberikan? Tanggujawab sempurnakah?

Oh! B.E.R.A.T!

Dan, ALLAH memilih manusia untuk menjadi khalifah kerana ALLAH tahu manusia MAMPU. Berusahalah sedayanya aini.

Ingin kongsi lagu yang memiliki seni kata yang menusuk dan memberi semangat untuk terus menjadi permata buat dunia. Yeaaahhh!!!

Lirik Aku Permata – Salma

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

Senikata lagu ini jelas, namun ada klasiknya, ada seninya. Suara lantang salma kadang-kadang buat naik zouq! Waktu futur (lemah dan kecewa) sesuai untuk menaikkan semangat. 🙂

.
.
.
.
p/s: sedang usaha merangka masa depan, akhirnya menjadi rangka sahaja. Terlalu banyak fikir implikasi memang memendekkan langkahan kaki! Orang berani, mesti berani menanggung risikolah aini.

Bila mak ‘request’ nak menantu ustaz, siap nak demand imam muda lagi! Amboilah mak kan…hahaha…macamlah anak mak seorang ini “ustazah pilihan” sangat! Hahaha.

Dan bila terbayang kalau bakal nakhoda saya ustaz, uissshhh! Saya bukan ustazah sangatlah, IKIM.fm pon tak dengar, inikan pula lagu nasyid, dengar lagu-lagu lagha orang kata kan, sangat tidak ustazah lah! Hahaha

-Tak mahu dah lelaki yang bertopeng ustaz, kalau yang belajar agama tetapi nak bangga-bangga, hafal quran dan hadis sebab nak defend diri sendiri. Serik kot! Cinta enta entilah, cinta ana ustaz lah, cinta uhubuki fillah lah…oh! Bosan dengan kata-kata yang baik tapi dirosak dengan cara yang haram! INGAT! Niat tidak menghalalkan cara. (adeh…kenapa tiba-tiba sangat emosi nie?) (paranoidkah?)

– ya ALLAH hanya KAU yang tahu isi hatiku dan apa yang ku perlu, semuanya ku serah 100% padaMU. Cintaku seratus percent! –haa..kan dah kata tak ustazah, perumpamaan pun guna lagu dangdut- hammmbbeeekkkk koo~

Dunia itukan penjara untuk orang yang bertaqwa, perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta untuk menyatukan dua hati semata-mata tetapi perlu kesedaran tentang tanggungjawab dan masa depan umat Muhammad. Berat sangat! –tanggungjawab beb-

Jangan bercerita tentang manisnya bercinta dengan pasangan kekasih, andai bangun malam pun masih tertatih!

Usah risau andai belum sampai jodoh, tetapi risaulah dengan tanggungjawab yang masih belum tergalas dengan baik, tanggungjawab pada diri, pada ibubapa, keluarga, kerjaya and so on.

ilahi, anta maqsudi, wa ridoka matlubi……

19 julai 2011

~ tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan..:) ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mengatur segala sesuatu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

oh! segan pula tiba-tiba. Segan pada insan yang tak dilihat. Mereng agaknya diri ini. Banyak sangat bermonolog. (sudah-sudah!)

Kali ini, terasa ingin berkongsi lirik lagu. Pertama kali dengar tajuk lagu ini sudah terdetik rasa teruja. Tajuk yang ringkas. POKOK. Dendangan Hazama dan Meet Uncle Hussin. Lirik dia sangat berseni. Dan….mempunyai double meaning. 🙂

Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

untuk lihat video, silalah berusaha sendiri.

teringat lagu P. Ramlee

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang.

Tanya sama angin,
Apa sebab hujan,
Nanti jawab angin,
Tanyalah awan.

Nanti awan kata,
Aku kandung air,
Sampai tempat sejuk,
Aku pun cair…

Tengok dalam air,
Nampak bayang-banyang,
Campak satu batu,
Bayang pun hilang.

(antara ingat tak ingat lirik ini)

(senyum)
(bahagia)

cerita-cerita minggu ini

1) Oh! Kami batch ke 2 IKIP-Yarmouk, sudah dapat anak buah. 10 Julai 2011. Anak Syazwana dan Faiez. Alhamdulillah. Bayi lelaki, moga-moga dialah penegak dan pemangkin Islam masa hadapan. Dan, Hari lahir “Mama Wana” sama dengan penulis blog ini. Wana sudah ada bakal pendoa untuknya, -kan anak yang soleh adalah aset untuk ibubapa kerana anak yang soleh sahaja akan mendoakan ibubapanya selepas kematian mereka.- oh! ini kes jeles!!! (hahaha) -semua itukan urusan DIA, serah sahajalah semuanya! :)-

2) Hujung minggu ini ada peperiksaan PTD, studi belum lagi. Moga-moga adalah rezeki. ya ALLAH, berikan yang terbaik untuk ku. Damaikanlah hati ku dan hati pemeriksa kertas soalan ku. (hehe) Ameeenn!

3) Semakin lama, semakin selesa berada dan bekerja di dalam Bank. Siapa kata kerja bank teruk? saya kata tak teruk manalah! buktinya, dari baju saiz kecil kepada saiz besar sedikit, dari berat 47, jadi 52kg. Ini memang tanda bahagia kerja bank. (hehehe) Moga-moga kekal lama dalamnya dan mampu menyumbang sesuatu padanya.

4) Dalam train balik dari kerja, duduk bersama dengan warga Saudi yang melancong di sini. Konon mahu mengasah karat yang ada, dan ternyata Bahasa Arabku sudah berkarat. SANGAT! (kecewa). Dahulu pun tidaklah sangat mahir, dan sekarang sudah lama tinggal, lebihla jadi kurang mahir. (sedih).

Ilahi, Anta maqsudi, Wa ridoka Matlubi.

p/s: sedang siapkan draf rangka perubahan dan pencapaian yang dicapai dan mesti dicapai. Banyak yang mesti diubah kembali. Rancang betul-betul. Gagal merancang maknanya merancang untuk gagal. Gagal setelah berusaha adalah gagal yang bermaruah!

Desa Bangsawan
13072011