~NIEYlufer~

Dilahirkan pada Julai 1988 di Temerloh Pahang. Dibesarkan dalam suasana keluarga yang sederhana. Anak ke 6 dari 6 adik beradik.

Memiliki Sijil Bahasa Belajar Bahasa Arab dari Maahad Abu Nour Kiftaro, Damsyiq (2010). Pernah berguru dengan Syeikh Kuraim Ar-Rojih di sana.

Memegang Ijazah Sarjana Muda Syariah pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan. Disana selama 2 tahun (2008-2010). sebelum itu (2006-2008) Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan.

Sempat mengikuti kelas Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan selama 5 bulan.

SPM, SMA dan PMR di Sek Men A Al-Khairiah Temerloh.
UPSR di Sek Keb Paya Pulai Temerloh.

Mempunyai impian untuk menyambung pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah.

Seorang yang akan menjadi sangat sensitif pada satu masa dan juga sangat rasional dalam satu-satu masa. Sangat obses pada sejarah Islam, walaupun tidak tahu semua.

Kaki jalan kaki dan berjalan-jalan. Tetapi semakin jarang melakukan 2 perkara ini.

Kadang suka pada sesuatu tanpa sebab dan menjadi sangat suka, tetapi dalam sekelip mata boleh bertukar citarasa. AWAS! Ini memang kes benar. Membuktikan diri seorang yang sukar difahami.

Kadang-kadang OK, dan kadang-kadang KO. Alah..biasalah sebab manusia kan? ada kah yang sempurna?

Suka berfikir dan menulis. tetapi kadang-kadang diri sendiri pun tak tahu apa yang difikirkan. Dan kadang-kadang bila baca balik penulisan yang ditulis pun tak faham. Hahaha.

semoga sedikit penulisan dan perkongsian mampu memberi impak yang besar pada diri yang kerdil ini malah kepada pembaca semua.

Sekadar berkongsi rasa hati, pengalaman dan sedikit ilmu yang dikurniakan TUHAN. moga-moga bermanfaat. Yang baik ambillah, yang buruk abaikanlah.

dan…sesungguhnya, diri menulis bukan kerna nama. sekadar berkongsi rasa. moga-moga ada positifnya.

andai mempunyai sesuatu yang mahu dikongsi, atau teguran membina, boleh dihubungi melalui email ((aini_snaj@yahoo.com.my)).

2 thoughts on “~NIEYlufer~

  1. ~ diriku tidak sepetah Aisyah, menutur kata memberi madah pujangga, menenangkan hati yang berduka. juga tidak seperti Abu Bakar, manis tutur katanya. jauh disudut hati, ku ingin kelebihan begitu, tetapi apakan daya, inilah diriku, sekadar hamba yang sering alpa. namun, ku ingin sahabat tahu, ku rindukan ukhwah ini. sesungguhnya ya ALLAH, ukhwah yang terjalin kerana-Mu nikmatnya tak terungkap. alangkah kuatnya getaran hati atas satu akidah dengan satu perjuangan menuju CINTA ILLAHI yang kita dambakan.

    dari *sesuatu menuju Yang SATU

Leave a comment