~ selamat tahun baru 2013 ~

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Dengan nikmat Allah kurniakan, diri bersyukur tidak terhingga. Moga rasa syukur ini kekal ada dan sentiasa bertambah dengan banyaknya.

Dengan segala nikmat yang diberikab, apakah kita tidak mahu bersyukur?

Tahun baru 2013 bermula esok. Selamat tinggal 2012. Segala duka dan ceria, gembira dan tawa, duka dan sengketa dunia kini hanya tinggal kenangan dan sejarah. Moga sejarah yang baik bisa diulang dengan lebih baik dan kepahitan masa lampau dijadikan iktibar untuk menjadi lebih baik.

Subahanaallah..teringat azam 2012, senarai pencapaian yang ingin di capai. Ada yang ingin dicapai tetapi belum diizinkan Allah, ada yang telah diizinkan Allah. Dan alhamdulillah ada yang azam 2013 diawalkan pada tahun 2012. Semuanya dengan izin dan kuasanya. Ala kulli haal..Alhamdulillah.

Setiap 1hb setiap bulan adalah hari yang istimewa. Hari ulang bulan dan ulang tahun penyatuan hati 2 insan yang saling tidak mengenali menjadi suami isteri.

Selamat ulangbulan awak! Haha. Sebulan dua ingatlah nak ucapkan..tapi bila dah lama belum tentu. Tetapi akan diusahakan. Insyaallah.

Sebenarnya, diri kadang-kadang masih tidak percaya yang diri sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Manakan tidak, perkenalan yang lebih kurang 3 bulan, kami sudah sah bergelar suami isteri yang sah.

Perancangan Allah itu sangat baik. Allah memakbulkan doaku supaya ditemukan dengan suami tanpa bercinta sebelum perkahwinan. Perkenalan kami sedari awal lagi adalah dengan tujuan perkahwinan.

Diperkenalkan oleh rakan kami yang sangat berusaha untuk memperkenalkan kami seawal diri pulang ke malaysia. Tetapi sentiasa diberi alasan dan mengelak. Sehingga pada satu masa terdetik, raikanlah sahabat yang berusaha, mana tahu ada hasilnya. Alhamdulillah.

Berniat mahu mencatat momen-momen bersejarah perkenalan kami, insyaallah sebagai kenangan dan mungkin ingatan buat kami.

Tetapi bukan sekarang. Masih belum bersedia sepenuhnya. Hehe.

Apa pun, selamat datang 2013. Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Moga tahun ini makin dekat dengan Allah. Moga tahun ini lebih cinta pada Rasulullah. Moga tahun ini lebih banyak berbakti pada mak dan keluarga. Moga tahun ini diri menjadi lebih solehah.

Dan moga dari awal perkahwinan hingga ke akhirnya, diri mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah. Sayap kiri rijal dakwah. Penyejuk hati suami yang sabar. Moga perkahwinan ini kekal sampai syurga. Ameeeen.

image

Awak, terima kasih kerana jadi suami saya. Doakan saya jadi solehah untuk awak dan anak-anak kita. Pimpin tangan saya menuju syurga yea.

Terima kasih ya Allah. Moga sesiapa yang membaca juga dikurniaakan Allah rasa tenang dan bahagia, dimudahkan urusan berumahtangga dan didalam berumahtangga.

Allah plans Best dan His is the Best Planner. Subahanallah.

Ilahi, anta maqsudi wa ridoka matlubi.

Leave a comment