~ mengapa kita sukar untuk berubah? ~

Kenapa kita sukar berubah?

Sebagai manusia kita sememangnya tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang secara sedar atau tidak. Setiap hari pasti kita akan melakukan kesilapan. Manusia sememangnya memiliki akal yang terbatas. Tidak mampu mengungkai dan memikirkan sesuatu yang tersirat.

Hebat mana seorang manusia itu, tetap mempunyai kelemahan dan kekurangan kerana tiada seorang pun manusia di dunia ini adalah sempurna melanikan Nabi kita Muhammad S.A.W. Adakah kerana tidak akan ada manusia yang sempurna di dunia ini menjadi alasan untuk kita tidak berusaha kearah kesempurnaan? Keadaan dan pegangan ini sememangnya salah.

Usaha untuk menjadi sempurna atau dengan kata lain, menjadi terbaik dalam kalangan terbaik seharusnya tidak boleh dipandang mudah. Semua manusia perlu berusaha meningkatkan kemantapan dan kebolehan diri sendiri.

Muslim yang kuat itu lebih dikasihi ALLAH berbanding muslim yang lemah. (hadis)

Adakala sebagai manusia kita sudah mengetahui sesetengah tindakan yang kita lakukan akan membawa kesan buruk. Tetapi mengapa kita masih lagi sukar berubah?

Anologinya begini, sebagai pelajar semestinya menginginkan keputusan yang cemerlang dan terbaik. Tetapi masih ada segelintir pelajar yang masih bersenang-lenang dan membuang masa tanpa mengulangkaji pelajaran? Bukan tidak mengetahui bahana dari tindakan tersebut, seperti gagal dam peperiksaan, tidak faham akan pelajaran dan sebagainya. Tetapi mengapa golongan kecil ini masih tidak mahu berubah? Berubah kearah kematangan dan kecemerlangan.

Suasana di Malaysia khususnya dan dunia umumnya amat mementingkan keputusan peperiksaan. Kelayakan diukur melalui tahap kecemerlangan. Pelbagai perkara merujuk kepada keputusan peperiksaan tersebut. Kesedaran ini saya pasti di ketahui oleh masyarakat malah kejayaan dalam peperiksaan diletakkan antara matlamat utama sesetengah individu.

Setelah membuat sedikit penilitian mengapa kita sukar untuk berubah, saya mendapati ada beberapa perkata yang menghalang seseorang itu melakukan perubahan yang positif ke atas dirinya. Suka ingin saya ingatkan, ini adalah sekadar pendapat peribadi yang masih kurang ilmunya.

Antara faktor yang menghalang seseorang itu berubah ialah

1) Ego

Sifat dan sikap ini saya merasakan adalah antara faktor utama yang menghalang seseorang inidividu itu berubah. Jika tiada perasaan ini, sudah pasti mudah seseorang itu berubah. Ego bermakna sukar menerima sesuatu yang baru atau erti kata mudah difahami ialah keras kepala. =)

2) Tidak sepenuh hati.

Seseorang individu itu mungkin mahu berubah, tetapi keinginan tersebut tidak sepenuhnya. Sekadar berasa ingin berubah tetapi tidak membuat sebarang perubahan pada dirinya.

3) Masih bertangguh

Individu tersebut menginginkan perubahan pada dirinya tetapi masih bertangguh untuk melakukan perubahan yang diidamkan. Mengunggu satu masa tertentu untuk melakukan, tetapi malangnya apabila tiba masa yang sepatutnya berubah, individu tersebut masih belum bersedia dan menangguh lagi kepada masa yang lain. Akhirnya tiada sebarang perubahan yang beliau lakukan.

4) Menanggap perubahan itu sesuatu yang tidak penting.

Sesetengah individu beranggapan bahawa perubahan itu bukan sesuatu perkara yang patut diberi penekanan dan perhatian. Berubah ketika terdesak atau terpaksa dan sebagainya.

5) Tidak sanggup bekorban

Berbalik kepada analogi di atas, golongan pelajar ini merasa seronok dengan tidak mengulangkaji pelajaran, melepak dan mereka tidak sanggup bekorban keseronokan itu untuk Berjaya. Mereka lebih rela menyesal kemudian daripada melakukan sedikit perubahan pada diri mereka.

6) Tidak menghargai diri sendiri

Golongan yang tidak mahu berubah ini juga saya mengklafikasikan sebagai golongan yang tidak menyanyangi diri sendiri. Ini kerana, mereka sudah mengetahui akibat tindakan mereka tetapi masih belum mahu berubah. Mereka membawa diri mereka kepada keadaan yang kurang selamat, dan mungkin membahayakan. Pelajar yang malas adalah individu yang tidak menghargai diri sendiri dan masa lapangnya.

7) Perasan sempurna

Perasan sempurna bermaksud, individu yang sukar berubah merasakan diri mereka sudah cukup baik dan sempurna dan seharusnya tidak melakukan sebarang perubahan.

8) Matlamat yang tidak jelas

Sukar untuk berubah berkaitan dengan matlamat iaitu sebab mengapa seseorang itu inginkan perubahan pada dirinya. Jika matlamat itu jelas diikuti dengan jalan yang teratur, pasti seseorang individu itu boleh berubah.

9) Tiada semangat dan galakan

Seseorang yang menginkan perubahan tetapi tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan tersebut juga akan mengalami masalah kesukaran untuk berubah. Galakan dari insan terdekat juga amat membantu seseorang itu untuk berubah.

10) Tiada motivasi diri

Ini bermakna seseorang yang inginkan perubahan terhadap dirinya perlulah meningkatkan motivasi diri sejajar dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

Ini hanyalah sekadar pendapat dan penilitian saya yang fakir dalam bidang ini.kita juga hendaklah sentiasa melihat seseorang itu sedang berusaha melakukan perubahan terhadap dirinya, sebagai salah satu cara untuk berbaik sangka terhadap seseorang.

Semoga insan yang menginginkan perubahan sentiasa bersemangat dan istiqomah dalam melakukan perubahan tersebut. Tetapi perlu diingat perubahan yang dilakukan mestilah perubahan yang mengarah kepada kebaikan bukan kepada keburukan.

Akhir kata jadikanlah hari ini lebih elok dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga berjaya. Jom kita berubah.

Note no1) : mesti berubah

Note no 2) : bukan dizon selesa lagi..hu hu hu

Note no 3) : adakah diri ini bersedia untuk bekorban demi masa depan? Mesti boleh!!

Note no 4) : post ini untuk mengingatkan dan menggalakkan diri supaya berubah, sentiasa berubah dan terus berubah kearah kebaikan dan kesempurnaan.

Note no5) : percaya pada diri.

note no6) : tidak boleh berputus asa dan mengalah

Jamiah yarmouk + sakan

Irbid jordan

130409

Leave a comment